Quantcast
Channel: Gaya Peneroka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

Kotak Hitam AirAsia QZ8501 Ditemui

$
0
0
KUALA LUMPUR: Kerja menganalisa penerbangan Indonesia AirAsia QZ8501 merupakan salah satu kerja sukar dan mencabar buat Nurcahyo Utomo, yang mengenali juruterbang secara peribadi.
Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Nurchayo berkata mendengar rakaman dari kotak hitam berkali-kali boleh membimbangkan dan memerlukan kekuatan mental yang tinggi.
“Mendengar rakaman kotak hitam yang terlibat dalam kemalangan tidak sama seperti mendengar muzik atau perbincangan.
“Kami sedang mendengar rakaman detik-detik terakhir sebelum kemalangan itu dan ia membimbangkan. Ada kalanya para penyelidik merasa terkesima mendengar rakaman tersebut,” katanya kepada Viva.co.id.
Semasa mendengar perkataan akhir mereka seperti “Allahuakhbar” berulang kali, menyebabkan penyiasat berasa seram sejuk, berkata Nurcahyo.
“Ia seolah-olah kita dapat merasakan mereka … Allahuakhbar, Allahuakhbar kata-kata ucapan sebelum mereka mati.
“Walaupun berat hati, kita tidak dapat lari daripada tugas. Mendengar kepada perbualan yang terakhir akan menjadi kunci untuk mendedahkan punca kemalangan AirAsia.
“Kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dari perbualan antara juruterbang dan pembantu juruterbang sebelum kemalangan itu,” katanya.
Tugas menganalisa kotak hitam akan menjadi lebih sukar untuk Nurcahyo yang merupakan junior kepada juruterbang, Kapten Iriyanto.
“Indriyanto adalah senior saya dan dia adalah orang yang mengajar saya bagaimana untuk terbang.
“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya akan mendengar kata-kata terakhirnya,” katanya.

Artikel Asal NST.com.my



Viewing all articles
Browse latest Browse all 362