Quantcast
Channel: Gaya Peneroka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 362

FGV YANG GAH

$
0
0
Tahukah warga peneroka berapa RM  FGV perabih duit untuk iklan ini? Beratus lagi iklan raksaksa ini berdiri megah di ibukota dan bandar utama dalam negara, bahkan beberapa Kota Utama dunia.
Itulah antara pelan perniagaan untuk memaksa rakyat yakin akan kehebatan Konglomerat perladangan terbesar negara.
Pembelian ladang sawit di Samarahan bernilai RM1.2 billion penuh dengan trajis dan air mata. Dibeli dengan harga yang bergandaan dari harga semasa.
Hampir 60% keluasan tanah ini adalah dari jenis gambut. Di war-warkan kepada peneroka Felda seluruh negara Peneroka akan menjadi jurtawan selepas penyenaraian FGV di BSKL dan digambarkan saham terbesar selepas Facebook. Masihkah kau ingat?
Kini peneroka tidak dibenar bertanya hal saham FGV, sesiapa yang degil bertanya akan di cop pengkianat oleh JKKR.
Sabarlah duhai Peneroka, janji Tan Sri Isa Samad tak halau tuan-puan, janji hutang RM140.000.00 hampir setiap peneroka tidak dituntut.
Tak kan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Najib Razak nak tipu kita. Kita nak maju dan perlu tranformasi.... siapa kata tanah peneroka tergadai?
Harga saham turun naik tu biasa. Tak kan nak berniaga tak sanggup untung rugi. Satu lagi, pinjaman RM3640.00 untuk beli saham dulu, kita bukan keluar duit kita pun, bank yang setle....

Selamat Berpuasa Ibu dan Ayah peneroka Felda seluruh negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 362