Quantcast
Channel: Gaya Peneroka
Viewing all 362 articles
Browse latest View live

MISSI BANTUAN BANJIR KUANTAN

$
0
0
6.12.13 Jumaat.
Di Tahfis Darul Fikri Kuantan
Petang ini sangat sebuk dengan kedatangan bantuan banjir dari segenap perosok
Kenderaan bertali arus menghantar dan mengambil keperluan untuk diagih2kan …
Antara yang sempat saya snap gambar adalah
Bantuan dari Selangor dua buah lori penuh muatan
Bantuan dari DAP Bentung 4 buah kereta
Bantuan dari PAS Dun Chini 3 buah H/lux
Bantuan dari Temerloh
Bantuan dari bentung berupa sayur sayuran
Kenderaan persaorangan dari Terenganu dan Kuala Lumpur.

































MISSI BANTUAN DI TEMERLOH

$
0
0

Alhamdulillah. ....ketibaan barangan bantuan daripada pelbagai pihak yang dikumpulkan di pusat agihan di Darul Hikmah, Kerdau; di Darul Amin, Sg. Gau; dan di Markaz Kg Awah. Sebahagian yang lain dihantar terus ke Kuantan, Indera Mahkota, dan Pekan.

Terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang dan semua petugas. Semoga segala sumbangan dan penat lelah kalian dikurniakan ganjaran mulia oleh Allah S.W.T.

Sumbangan masih diperlukan. Salurkan ke akaun Maybank Prihatin Rakyat 556057203711. SMS makluman sumbangan (tarikh, masa dan jumlah) kepada 019 937 8487.

- Perhubungan PAS Negeri Pahang
20131207.












Realiti Banjir baru2 ni

$
0
0
Ini banjir punya cerita. Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV. Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ni. Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia. Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini, nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang.

Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria. Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu. Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah. Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu, iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah.

Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah. Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia. Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat.


gambar hiasan
 Banjir tu air je pun, bukannya api! Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir, habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas, kereta tenggelam, barang rumah semua punah jahanam, itu je.

Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar, oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je! Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang. Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padangtolong masak. Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka galak sekali beratur untuk mengambil makanan.... bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar, semua berebut-rebut untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir.

Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini, semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta, bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...! Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow! Semata-mata nak melawat msa banjir!! Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu?? Susahnak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu.

gambar hiasan
Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini.... Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir? Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir. Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang. Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah. Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....? Tak bertuah ke tu...!!

Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang. Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa. Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar 'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat yang ditimpa musibah banjir. Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir.

Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya. Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa. Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa.... dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku.

Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan. Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa! Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua.... Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa!

Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan, Bukit Rangin, Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat, Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll....... Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas.

Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir. Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu.

Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir. Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut. Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya.... mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...! mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....!

Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3. Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman. Tetapi jawapan yang diterima.... sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!! Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan! Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu. Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk.... tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak! Mereka cuma mahu makan. Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar. Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai.... Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu.

Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit! Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je.... (beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada).... tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup. Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu.

Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def.... penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis.... Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada! Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian. Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa, tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang, ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher.... (utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam).

Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut).... last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah. Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...? nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu.

Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork? Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je.... ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak, lepas tu sayur pulak.... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu.

Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar. Ini keadaan sebenar yang berlaku. Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu. Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis.... ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis.

Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)... untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan! Terpaksa minum kopi dalam tin sardin! Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun.... kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je.

Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...! Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak..... dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!! katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!!

Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3.... mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi (Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi.... dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan.... jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah..... cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...? macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)... dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup.

Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....! Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...?

Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah... sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...!

Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul... meehoon goreng)... meehon keras macam dawai. Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu.

Tengahari, nasi putih lauk sardin... (buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari. Malam pun menu yang sama. Esok pun sama. Lusa pun sama. Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada.

Bayangkan....!

Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih. Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan. Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan.... masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan. Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana. Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan. Masing-masing terkepung. Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak... anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga.

Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah... dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang.... air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je... lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada)..... Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan.... (mungkin menantunya yang bersusah-payah lapurkan kpd pihak berkuasa).

Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air walau setitik pun tengah jalan..... bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada.... ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada..... ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar, dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah, agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....!

Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu.... ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir.

KESOMBANGAN PEMIMPIN UMNO DALAM ISU BANJIR DI MARAN

$
0
0
ismail (dua, kiri) berkata sesuatu kepada Zailah, sementara Sharif (membelakangkan kamera) memerhatikannya.

MARAN: Seorang petugas Unit Amal kesal dengan sikap Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib yang mempersoal Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof daripada bertemu mangsa banjir di sini semalam.

Mohd Sharif Abdullah yang bertugas mengiringi Siti Zailah bersama kira-kira 20 orang ahli rombongannya melawat mangsa banjir berkata, insiden tersebut berlaku di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Afzan, Chenor di sini.

Katanya, ketika rombongan mereka sampai di situ sudah ada Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjerkah kepadanya.

“Datuk Mail kata jangan ganggu program kita orang. Lalu saya jawab kami bawa YB Zailah ini untuk melawat mangsa banjir sambil bagi bantuan,” katanya.

Menurut Sharif, Ismail selepas itu terus menghampiri rombongan tersebut lalu menyoal Zailah kenapa tidak telefon dahulu sebelum datang.

“Zailah jawab, tidak apalah saya datang nak lawat mangsa banjir rakyat Datuk, nanti Datuk boleh lawat rakyat kami pula.

"Kalau tak silap pendengaran saya Datuk Mail menjawab: tak pelah kitorang banyak bekalan," katanya.

Sharif berkata, Zailah hanya sempat berjabat tangan dengan beberapa orang mangsa di dewan itu sebelum berlalu pergi bagi menghormati tuan rumah yang seolah-olah tidak menerima kedatangan rombongan itu.

“Bagi saya insiden ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana membantu manusia yang dalam kesulitan ditimpa malapetaka tidak wajar melihatnya dengan kaca mata politik.

“Dulu ketika mangsa banjir bertarung nyawa kumpulan inilah yang tampil menyelamatkan mangsa sedangkan sesetengah pemimpin Umno masih berada dalam perhimpunan di Kuala Lumpur,” jelasnya sedih.

Zailah semalam turun bersama Dewan Muslimat PAS menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh dan Maran.

KDN fitnah, saya akan ambil tindakan - Mohamad Sabu

$
0
0


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya.

Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.

"Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, kenyataan berulang kali Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri itu juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.

"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya yang kini sedang berprogram di Langkawi.

Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim yang mengemukakan 10 bukti kononya Mohammad terlibat dengan ajaran Syiah.

Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Dec 12, 2013
HARAKAHDAILY

10 bukti yang dikatakan mat sabu Syiah oleh KDN atas arahan Zahid Hamidi adalah..

1 - mat sabu contohi pemimpinan imam khomenie. [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib contohi pemimpinan nelson mandela [Cristian] adakah Najib Cristian?

2 - mat sabu kagum dengan kepimpinan khomenie [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib kagum dengan kepimpinan Wen Jia Bao [Komunis China] adakah Najib Komunis?

3 - mat sabu guna ulama syiah iaitu imam khomenie sebagai terma rujukan [Syiah] adakah mat sabu syiah?
- Najib guna Barack Obama sebagai terma rujukan [Cristian] adakah Najib Cristian?

4 - aidil razali timbalan presiden jati kata mat sabu ikon Syiah [cakap-cakap kosong]
- penyokong umno berkata Rosmah adalah ikon busana muslimah [cakap-cakap kosong]

5 - mat sabu puji SU syiah Lubnan [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Muhyiddin puji presiden iran [Syiah] adakah muhyiddin Syiah?

6 - mat sabu lawat masjid syiah di thailand [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib & keluarga lawat gereja Vatican City [Cristian] adakah Najib sekeluarga Cristian?

7 - mat sabu masuk kelas pengajian syiah di semanggol perak [hanya dengar-dengar]
- Rosmah adalah isteri kedua Najib [ hanya dengar-dengar]
- Zahid memukul bakal menantunya hingga senget hidung [hanya dengar-dengar]

8 - mat sabu selalu melawat iran dan hantar pelajar belajar di iran [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib selalu melawat england dan hantar pelajar belajar di england [Cristian] adakah Najib Cristian?

9 - mat sabu pernah lafazkan selawat seperti di amalkan penganut syiah [sumber cakap-cakap kosong]
- Rosmah guna bomoh hindu - Thagaraju, pemandu kenneth eswaran [sumber cakap-cakap kosong]

10 - tuan guru abdul rahim kata mat sabu penganut syiah sebab nampak solat seperti syiah. [sembang-sembang kencang]
- tuan guru Prof EP kata Zahid penganut Syiah sebab suka bertaqiah (pura-pura) [sembang-sembang kencang]

Syeikh Abdul Quader Mullah di hukum gantung.

$
0
0
 Ratusan ribu warga muslim Banladesh hari ini dan semalam keluar beramai-ramai membanjiri kotaDhaka berhimpun menuntut penggubalan undang-undang dan mengkritik sistem perundangan Bangladesh.

Perhimpunan yang di anjurkan oleh Jamaat E Islami yang merupakan satu jemaah islam terbesar di Bangladesh,juga adalah berikutan hari ini adalah tarikh pemimpin Jamaat E Islami,Syeikh Abdul Quader Mullah di hukum gantung.

Ratusan ribu warga yang berhimpun berdemontrasi sambil melaungkan kalimah-kalimah Allah,membacakan ayat-ayat suci Al Quran,juga doa buat Syeikh Abdul Quoder.Turut sama mereka melaungkan slogan ANTI KERAJAAN SEKULER BANGLADESH dan ANTI HASINA MURTAD.

 Pada tahun lalu dunia di kejutkan dengan kebangkitan umat islam Bangladesh yang berjumlah ratusan ribu telah bangkit memperjuangkan penegakan Shariah di Bangladeshdengan menuntut pemerintah yang sedia ada turun dari tampuk pimpinan.
Pada tahun lalu juga dunia muslim di kejutkan dengan pelbagai kejutan dari umat muslim Bangladesh termasuk kekuatan mereka yang berjumlah ratusan ribu,keberanian mereka dalam mempertahankan Islam,dan keupayaan mereka melumpuhkan kesatuan tentera-tentera Bangladesh (dengan tangan kosong tanpa bersenjata kerana jumlah mereka yang terlalu ramai)setiap kali berlaku pertempuran yang melibatkan Masjid dan Al Quran

PESANAN TERAKHIR Sheikh Abdul Kader Mullah

$
0
0
"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.

Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.  
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya. 

Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."






Sumber dari SINI

MEMO KE SKM DALAM ISU KPF-FGVH

$
0
0
Memo ke SKM

Sekitar jam 2.30 petang tadi, saya mengetuai pimpinan ANAK menyerahkan memorandum berkaitan penjualan ekuiti 51% milik KPF dalam Felda Holdings ke dalam FGVH.

Isi kandungan memo antara lain:-

1. Mengapa dokumen cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF didalam Felda Holding kepada FGVH tidak diberikan kepada perwakilan EGM KPF pada 27 okt lalu.

2. Bagaimana penentuan nilaian RM2.2bilion dipersetujui sedangkan laporan penganalisis hasil kajian awal KPF membuktikan perkara berikut:-

CIMB 2.8b
TA Securities 4.081b
Kenanga Research 3.207b
Nilaian yang diputus begitu rendah jika dibanding dengan hasil kajian bebas seperti di atas, walhal penilai bebas ini dilantik sendiri oleh KPF.

3. Mengapa kaedah pengundian dibuat secara terbuka(undi secara angkat tangan)yang mana sepatutnya dalam perkara sebegini penting, pengundian harus dijalankan secara undi sulit. Difahamkan juga proses perbahasan terlalu singkat sehinggakan ada yang ingin berhujah(contohnya, Dato'Kasa, bekas pegawai kanan Felda) diboo oleh perwakilan.

4. Adalah difahamkan, Pengerusi KPF Datuk Faizoull Ahmad, adalah ALP Felda Holdings dan FGVH. Jika benar dakwaan tersebut, ia merupakan Conflict of interest dan salah guna kuasa.

5. Setiap tahun Felda Holdings meraih pendapatan RM15b melalui operasi Anak Syarikat. Dengan terjualnya ekuiti ini, maka ia akan terbuka kepada hak milik awam dan bukan lagi milik ekslusif peneroka dan kakitangan Felda.

6. Nilai ' Good Will pattern' KPF yang sama2 memajukan syarikat2 Felda hilang akibat daripada penjualan ekuiti 51% tersebut.

7. Tiada lagi jaminan masa depan KPF membayar dividen(purata 15%) kepada pemegang saham sebagaimana tahun2 sebelum ini

8. Kerajaan BN mungkir janji untuk memberi jaminan masa depan KPF sedangkan hampir 100% ianya dimiliki bumiputera. Ia merupakan suatu pengkhianatan kepada warga Felda.

Memo diserah kepada Tuan Hj Mat Deris Jusoh, Ketua Sektor Operasi dan Kawal Selia SKM di Dewan Mesyuarat SKM, disaksikan beberapa pegawai SKM dan AJK ANAK Pusat. Turut hadir, HJ Razman Zakaria dan Ketua Penerangan ANAK, Naraza Muda.

ANAK akan menunggu siasatan SKM sebelum tindakan lanjut ke SPRM, Laporan Polis dan procedur Undang2 demi menyelamatkan koperasi terbaik di Malaysia.



Saman Fitnah FELDA isu jual minyak sawit ke Israel

$
0
0
P/s sembang sebelum bicara bersama Dato' Saifuddin, Dr Rosli Yaakop, YB William Leong dan rakan2.
 
Hari ini bermulanya perbicaraan saman Fitnah Felda keatas saya dan defendan lain seperti Dato' Mustafa Ali, Ahmad Lotfi Othman, Taufek Yahya, Mohd Arif Atan, Angkatan Edaran dan Dato' Saifuddin Nasution Ismail. Ia di dengar oleh YA Lee Heng Cheong di Mahkamah Tinggi, Jln Duta KL.

Saksi Felda, Datuk Faizoull Ahmad di'asak' bertubi2 oleh peguam kami, YB Hanipa Maidin dan YB William Leong. Sekejap cakap bahasa Malaysia, lepas tu bahasa Inggeris. Bila tanya penglibatannya di Felda, hanya jaga peneroka. Soal urusniaga tak tau. Di tanya lagi pengakuan Timbalan Menteri di Parlimen yang mengesahkan hubungan dagang dengan Israel, dijawab tak tau. Bila diasak oleh peguam Hanipa kaitan jual minyak melalui Felda Iffco Oil Product ke Bunge Agribusiness, dia mengelak2.

Agaknya,tak tahan dengan asakan lawyer Hanipa, Faizoull kata Hanipa nak trick dia.

Ini soal jawab sesi pagi. Peliknya, kenapa Dato' Hafarizam Harun mewakili Felda. Bukankah beliau adalah board Felda Holdings?.
Tidakkah ini conflict of interest?


P/s Sijil halal yahudi yang berkaitan dengan Felda Oil Products, yang didedahkan di Mahkamah hari ini.
Perbicaraan bersambung mulai 2.30 petang hingga 4.50 petang ini, saksi utama Felda, Datuk Faizoull Ahmad, Pengarah Besar Felda di asak tanpa henti oleh barisan peguam saya dan defendan lain.

Sangat memalukan, seorang Pengarah Besar lebih banyak menjawab tidak tahu perkembangan Kumpulan Felda. Bila terdesak, mohon bantuan lawyer beliau dalam Mahkamah!

Website Iffco Felda Oil Product yang mengesahkan wujudnya certificate Kosher pun dia tidak tahu. Sebahagian besar bukti yang dirujuk pun dia tidak tahu. Alangkah malangnya warga Felda memiliki seorang Pengarah Besar yang serba serbi tidak tahu. Ini pengakuan beliau sendiri dalam mahkamah!

Kalau banyak bukti yang dilampirkan sebagai gambaran jelas pembabitan urusniaga dengan Israel, kenapa dia begitu yakin saya memfitnah felda?

Felda ceburi bidang perniagaan tanpa pindaan ordinan

$
0
0

Dec 19, 2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu tiada sebarang pindaan dibuat terhadap Ordinan Pembangunan Tanah 1956 bagi membolehkan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) menceburkan diri dalam perniagaan, kata Pengarah Besarnya, Datuk Faizoull Ahmad.

Ketika memberikan keterangan, beliau berkata Felda bagaimanapun perlu berubah (daripada objektif penubuhannya) seiring dengan transformasi negara.

Sehubungan itu ujarnya, objektif penubuhan asal Felda iaitu "untuk membasmi kemiskinan dengan memberikan tanah kepada rakyat miskin"  telah berubah kepada "menjadi rumah kuasa ekonomi (economic power house) yang berupaya menghasilkan pendapatan sampingan kepada peneroka".

Faizoull menjawab soalan peguam defendan, William Leong pada sesi soal balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Bekas Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda itu menjadi saksi utama saman fitnah Felda terhadap Mazlan Aliman dan enam yang lain ekoran berita yang tersiar dalam Harakah dan Suara KeADILan yang mengkritik urusniaga minyak kelapa sawit Felda dengan Israel.

Faizoull dilantik Pengarah Besar Felda pada 2 Ogos 2012.

Beliau menjelaskan, sebelum dilantik Pengarah Besar, beliau tidak terlibat dalam urusan perniagaan Felda dan hanya "menjaga urusan Felda dengan peneroka".

Selain Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, turut dinamakan dalam writ saman Felda ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya, wartawan Mohd Arif Atan, syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Defendan diwakili Mohamed Hanipa, William Leong, Nasar Khan Mirbas Khan dan Azhana Mohd Khairuddin manakala kumpulan peguam plaintif diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Kes didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Lee Hen Chong.

Menjawab soalan William Leong, Faizoull mengakui tidak mengetahui wujud perdagangan antara Malaysia dan Israel sejak tahun 1996 seperti dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 17 November 2011.

Ketika ditanya William Leong sama ada beliau mengetahui Biro Pusat Statistik Israel merekodkan pertumbuhan nilai perdagangan antara Malaysia-Israel dari 1995 hingga 2013, Faizoull sekali lagi menjawab tidak tahu.

William Leong kemudian menyerahkan dokumen berkaitan kepada mahkamah sebagai exhibit.

Perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguh ke satu masa yang ditetapkan kemudian ekoran peguam Mohd Hafarizam terlibat dalam perbicaraan petisyen pilihan raya umum.

ANTARA CATATAN USTAZ ROSLI DALAM TANJUNG YANG BERLUMPUR

$
0
0

TANJUNG yang berLUMPUR

Kerja-kerja memasak berlanjutan selama 12 hari, berakhir pada 15 dis, namun kerja-kerja membersihkan rumah mangsa berlarutan sehingga ke hari ini, atas permintaan, jika ada. Hampir 10 ribu bungkusan barangan dan beras telah diedarkan termasuk juga di Kampung Semangat, Ubai, Kg Belukar, Kg Pahang dan Cherok Paloh yang berada didalam DUN Inderapura. Ada sebahagiannya saya sendiri yang menghantarnya, ada juga rakan-rakan Unit Amal. Terkadang tu rasa malu juga dengan sebahagian sikap masyarakat Melayu dalam kawasan saya, sesetengah tu umpama orang Somaliayang sepertinya kebuluran sangat, bila masuk je lori, menderu datang mengejar lori dan berebut-rebut barangan, ish .. takde akhlak sungguh lah. Saya minta semua bersabar dan saya akan hantar kerumah masing, tapi tak nak berganjak juga, tetap juga bergayut ditepi lori, tak kira lelaki atau perempuan, serupa je.

Seorang rakan daripada Kuala Lumpur, dia dan rakan-rakan bawa dapur gas dan barangan dapur, dia berhasrat untuk cuba bagi sendiri dan meminta izin dari saya, saya benarkan. Lori lansung tak dapat bergerak, diserbu, semua nak ambil dapur, sepertinya semua rumah rosak dapur, seorang terkadang ambil dua tiga biji, sampai kepada peringkat mereka memanjat lori, setelah habis separuh lori, rakan saya terpaksa menutup pagar lori dan cabut lari, sebab kelihatannya barangan hanya berkisar pada orang yang sama. Sangat memalukan, dia datang ke rumah saya dan menurunkan sebahagian yang lain "maaf deh, itu lah sebahagian rakyat ana".. dia ketawa dan ligat menggelengkan kepala "fuhh, teruk betul, macam artis ana kena serbu, bukan nak autograf, tapi nak dapur gas", katanya sambil ketawa. Namun keadaan ini tidak berlaku di Sungai Isap, orang Sungai Isap kelihatannya agak lebih tabah dan lebih berdisplin. Tak hairanlah, kerana Masjid dan Surau di Kawasan ini agak makmur dengan majlis ilmu menjadikan mereka sabar dengan dugaan dan memiliki kemuliaan diri. Kemiskinan jiwa ini hanya boleh diubati jika mereka kembali kepada Islam, ini adalah diantara tanggungjawab saya, InsyaAllah saya mencuba sedaya upaya.

Kerja-kerja pembersihan bermula dari 6 dis, saya pun turut serta membantu rakan-rakan Unit Amal, rumah pertama yang saya bantu bersihkan ialah rumah Allahyarham Tuan Haji Jamin di Sg Isap Damai, beliau meninggal pada 5 dis, ketika banjir masih besar dan ketika saya sedang gawat untuk menghantar nasi ke Masjid Sg Isap Damai. Saya tak sempat pergi menziarahi jenazahnya yang di kebumikan di Bukit Ubi, namun terasa juga kehilangannya, sebab dia adalah orang yang sering juga menyumbang untuk Ma'had Tahfiz Darul Fikri dan sosok tubuhnya sentiasa kelihatan ketika saya berkuliah di Masjid Sg Isap Damai dan Surau RRM Permatang Badak. Saya memilih rumah beliau sebagai rumah pertama yang saya bantu untuk mengambil kesempatan mengucapkan takziah pada Isterinya Kak Pah dan juga anak-anaknya.

Pelbagai peristiwa berlaku ketika kerja pembersihan rumah mangsa, ada sebuah rumah tu, tak lah besar sangat, masih sebahagiannya belum dibaik pulih, saya terjumpa sebuah bekas berisi barangan kemas, disebabkan berselut, saya hampir membuangnya, tapi terlintas hati nak bukak dulu, rupanya barangan kemas, semuanya emas, berat juga tu, saya jangkakan mungkis ratusan ribu kot, rupanya tuan rumah dah melilau mencari, "Alhamdulillah Ustaz, nasib baik jumpa, akak dah puas mencari" .. nampak kelegaan dan kegembiraan di wajahnya. Almari tempat dia menyimpan barangan kemasnya pecah, bekas itu agak hanyut dan tenggelam dalam selut di penjuru rumah bersama timbunan barangan lain. Masa air naik, dia tak ambil tahu pun pasal barang tu, nak selamatkan diri je, sempat juga saya selitkan tazkirah kepadanya "begitulah kak, walau banyak manapun pun harta kita, berapa mahal pun emas kita, dia tak dapat jadi penolong kita, yang tolong kita adalah Allah swt, masa akak ditimpa banjir, emas akak semuanya tenggelam, lansung tak dapat tolong akak, begitulah kalau kita mati nanti, emas ni tak boleh buat apa-apa kecuali amal dan aqidah kita je yang jadi harta untuk bebaskan diri dari neraka" .. dia angguk "betul Ustaz".

Ada juga yang malu-malu, bila saya sendiri yang bersihkan rumah mereka, "Ustaz gi lah rumah orang lain", ngapa nya?.. tanya saya.."malulah Ustaz, ada ke wakil rakyat dok cuci rumah saya" .. kata dia, saya kata "sekarang tak jadi wakil rakyat dah, saya sekarang adalah Unit Amal", saya nak cuci juga rumah ni" ..dia pun diam. Sebenarnya kalaulah orang memahami betapa antara sebab yang mendatang ketenangan jiwa ialah apabila kita dapat membantu manusia yang sedang kesusahan, nescaya manusia ni tak kan duduk diam apabila melihat saudaranya yang ditimpa kesusahan. "Barang siapa yang membantu orang yang kesusahan, nescaya Allah swt akan melapangkan kehidupannya". Saya dah biasa dengan kerja kasar begini, lagi pun inilah antara kerja Unit Amal, saya kan Unit Amal, dah hampir 25 tahun saya jadi Unit Amal, dari belum kawin sampai sekarang dah 11 anak tetap juga jadi Unit Amal, pastu apa nak hairan ..Unit Amal cuci rumah..biasalah tu..




6 Dis, saya semakin mendapat kekuatan, kerana dua buah surau lain yang turut sama memasak untuk diagihkan kepada mangsa, malahan dua buah bot rakan kami dari Kempadang telah berjaya dibawa ke Sungai Isap, ini memudahkan kami untuk menghantar makanan dan keperluan lain ke Sungai Isap Damai dan juga kawasan-kawasan lain walaupun bukan dalam kawasan saya seperti pedalaman Kampung Badak dan Kg Chendering. Terkadang orang memohon bantuan bukan kerana kawasan tetapi kerana mengenali saya, saya pun ambil sikap tak kisah, selagi ada saya bagi, saya pun tak suka dan tak minat nak simpan hak orang, barang-barang yang banyak ni bukan saya punya, semuanya untuk mangsa banjir. Orang UMNO yang dok kat Kampung saya ni pun datang jugak, bukan UMNO biasa tapi UMNO gred A, dari jauh dah berbau, saya kenal sangat mereka ni, sebab mereka ni sekampung. Keadaan saya pulak semakin sibuk, pimpinan dari seluruh negara datang ke rumah termasuk Dato Sri Presiden dan beliau sempat turut serta berjalan kaki menghantar sumbangan dari rumah ke rumah di Sungai Isap Taman Murni bersama Ust Dato Tuan Ibrahim, Ust Yusof Embong, Ust Suhaimi Saad dan beberapa pimpinan yang lain, rasa bangga gak bila TGHH dok pikul plastik ada gambar saya.

Tak tidur malam dibuatnya, hampir sepanjang masa talipon berbunyi dan tetamu datang samada untuk bertugas ataupun menghantar bantuan dari jauh dan dekat, samada organisasi parti, ngo atau orang perseorangan. Semua PAS Negeri-negeri menghantar bantuan samaada tenaga ataupun sumbangan, juga dari DAP Pahang, DAP Yong Peng dan DAP Teratai, persatuan-persatuan Cina juga datang menghulurkan sumbangan, persatuan pemandu-pemandu bas sekolah dan macam-macam lagi ngo yang datang, entah apa nama pun saya dah tak ingat, yang pasti UMNO tak de. Dengan bantuan surau-surau juga pihak kami boleh menyediakan lebih 2500 bungkus nasi sehari untuk diedarkan. Alhamdulillah juga berkat selama ni berkuliah di Masjid-Masjid dan Surau-Surau, banyaklah Masjid Surau dari seluruh negara menghantar sumbangan begitu juga rakan-rakan termasuk juga rakan FB, bebanan menjadi sangat ringan dek pertolongan orang ramai, hingga ketikanya ruang rumah saya tidak boleh dilalui lansung kerana dipenuhi barangan.

Aduan kekurangan makanan masih berlaku, di SEMSAS ada mangsa yang menghubungi bahawa mereka tidak dibekalkan makanan, saya dimaklumkan lebih 300 orang mangsa dari Sg Isap yang ditempatkan disitu, yang ramainya daripada Seri Damai dan pengurusan disitu diketuai oleh geng UMNO Seri Damai, disebabkan orang Sg Isap bukan orang kawasan tersebut, maka keutamaan diberikan kepada orang Seri Damai, kebiasaannya orang Sg Isap tak dapat apa-apa, Alhamdulillah mereka menghubungi saya dan setiap hari pihak saya menghantar bekalan kesana. Kini saya dah agak bebas bergerak untuk menghantar bekalan, bot dah ada, kenderaan darat pun dah boleh bergerak walaupun trafik masih perlahan, bekalan boleh dihantar mengikut permintaan, tenaga pun dah ramai, anggota Unit Amal pun dah mula bertugas, Ust Saharudin pun dah boleh bertugas untuk membantu saya, banyaklah pusat penempatan yang dapat kami hantarkan bantuan seperti Sg Isap, Chung Ching, SEMSAS, Medan Warisan, SK Tanah Putih, SK Belukar, SK Permatang Badak, Chendering dan juga kawasan-kawasan rumah kampung yang masih terperangkap tiada bekalan makanan.

Kerja-kerja menghantar sumbangan dari rumah-kerumah juga bermula, sebanyak hampir 10 ribu bungkusan telah diedarkan dalam masa 8 hari, namun ada juga yang mengadu tak dapat, saya pun tak boleh berbuat apa-apa sebab mungkin mereka tiada dirumah dan yang menghantar itu bukannya saya, tetapi Unit Amal dari luar, pastinya mereka tidak mahir dengan perumahan disini hingga ada yang tertinggal ataupun tempat yang sama berulang kali. Ada juga insan jenis tamak, dah dapat pun kata tak dapat, ada juga UMNO gred A yang sombong dan tidak mahu menerima sumbangan dari PAS dan ada pulak cerita dari seorang anggota Unit Amal yang saya tugaskan untuk menghantar sarapan pagi, setiap bungkusan ada air mineral, roti saiz besar dan sardin, bila bagi bungkusan dia buka "hari-hari roti, takde makanan lain ke, dah tiga hari asyik roti je, tak nak lah" , sabar je lah, itu hanya kes terpencil, hampir keseluruhannya menerima dengan senyuman dan ucapan terima kasih, berhadapan dengan manusia yang ramai begitulah, kita tak mungkin akan dapat menyempurnakan kehendak orang ramai. Isteri dan anak-anak kita yang hanya beberapa orang itu pun kekadang kita gagal nak puaskan hati mereka, inikan pula ribuan manusia.


Pada 5 Dis, air telah mula menurun, tetapi terlalu perlahan, sms masih bertalu tentang keadaan mangsa-mangsa banjir yang berada di Pusat Penempatan, makanan tak cukuplah, susu bayi tak adalah dan macam-macamlah aduannya yang hanya menambahkan rasa kasihan, namun air masih dalam, bot Unit Amal masih bertugas untuk memindahkan mangsa banjir di Kawasan baru yang dinaiki air, rakan-rakan dari sebelah Kempadang masih gagal untuk menyeberangi banjir yang menutupi jalan untuk sampai ke Sungai Isap bagi membawa bot yang lain. Bungkusan nasi ditambah lagi, kerja-kerja memasak semakin bertambah dan memenatkan, melebihi kenduri kawin, cumanya, Alhamdulillah petugas semakin ramai, ahli-ahli PAS cawangan Seri Damai turut datang membantu terutama muslimat.

Sebelah petang saya menerima panggilan daripada Ust Husni, beliau terperangkap dan berada di tingkat atas rumahnya, antara jelas dan tidak jelas beliau memaklumkan bahawa ada seramai lebih 300 orang mangsa yang berada di Masjid Sungai Damai, dari semalam belum makan. ya Allah, sedihnya rasa, saya dan rakan-rakan segera memasak lagi untuk mereka, setelah siap dibungkus, saya menghubungi rakan Unit Amal untuk menggunakan bot, tapi malangnya mereka berada di Teluk Mahang untuk memindahkan mangsa dan sememangnya bot awam tidak dibenarkan untuk beroperasi oleh pihak bomba pada waktu malam, sementelah lagi, baru sahaja ada dua orang anak beranak yang mati lemas disitu. kami sampai di Permatang Badak seusai solat maghrib, memohon jasa baik bomba, namun sepertinya keberatan, macam-macam alasan, alasannya baik tapi mengecewakan, mujurlah ada seorang lelaki yang baru saya kenali pada malam itu, dia 'lelaki bermulut laser', setelah saya ceritakan padanya, lalu dia segera bertemu dengan pihak bomba, entah apa yang dileterkannya, pihak bomba bersetuju untuk membawa saya kesana, dia tak kenal saya, begitu juga pihak bomba dan saya pun tak pernah kenal mereka.

Kami memunggah nasi kedalam bot bomba, bersama saya juga seorang lelaki yang membawa banyak bekalan makanan, beliau dari K.L ... Beliau membawa makanan untuk Ibu Bapa dan keluarganya yang berada di Penempatan Sg Isap setelah dimaklumkan mangsa menghadapi masaalah dengan bekalan makanan, beliau dah sampai disitu sejak jam 2.00 petang lagi, beberapa kali beliau minta tolong dengan pihak bomba dan pertahanan awam untuk diizinkan bealiau menaiki bot bomba untuk menghantar makanan, tapi hampa. Kami dibawa dengan bot bomba yang besar, tetapi hanya lima orang sahaja yang dibenarkan untuk naik, saya turut naik bersama seorang rakan dan lelaki tersebut, bersama dua orang pihak bomba, bot melalui Permatang Badak, saya bertanya kepada pihak bomba "kenapa melalui jalan ini, jauh, kenapa tak melalui laluan biasa, lebih jelas dan mudah", dia diam dan meneruskan perjalanan. Saya pun diam kerana menganggap bahawa dia dah tahu jalan tu, sebab dia dah dua hari bertugas". Bot besi yang begitu besar bergerak perlahan, sesekali tersangkut pokok-pokok menjalar, hingga ada ketikanya kami terpaksa turun untuk menolak bot.

Agak mengecewakan apabila bot yang dah hampir sampai ke jambatan permatang badak tidak dapat meneruskan perjalanan, saya dimaklumkan kipasnya pecah, terkena jalan, tidak dapat dibayangkan betapa kecewanya saya, terbayang-bayang wajah yang saya kenali, sedang menunggu makanan daripada kami di Masjid Sg Isap Damai. Kami terpaksa bantu pihak bomba menolak bot untuk kembali semula ke Simpang Permatang Badak, tempat mula kami bergerak, hampir satu kilometer kami terpaksa menolak bot besi yang begitu besar, nak patah pinggang rasanya bila ada ketikanya terpaksa mengawal bot agar tidak hanyut bila bertembung dengan arus deras. Sabar dan terus sabar dan terus tolak, akhirnya sampai juga semula ke Jalan Besar, saya diminta agar memohon pertolongan dengan pihak bomba yang lain di Simpang Sungai Isap pula, terpaksa pulak punggah semula makanan dan barang-barang kedalam lori untuk dibawa ke Simpang Sungai Isap.

Pihak bomba bersetuju untuk menghantar dengan bot yang lebih kecil, ketika baru nak memulakan perjalanan, datang pulak sorang Ketua Pemuda Bahagian UMNO, saya lihat dia buat pengarahan pada pihak bomba, bomba pulak sepertinya bekerja untuk dia, saya bagitahu padanya supaya diberikan keutamaan pada saya untuk menghantar makanan ke Sungai Isap Damai, saya ceritakan padanya tentang keadaan mangsa disana yang dah tak makan nasi selama dua hari.."Ok lah YB , YB pergi hantar dahulu", saya pun tak pasti apa akan berlaku jika saya tiada disitu, namun saya dah tak berdaya, cuma arahkan anak buah saya Ust Afif untuk mewakili saya, saya dimaklumkan oleh anak buah saya, bahawa nak sampai ke Masjid Sg Isap Damai pun pihak bomba singgah di tempat lain beberapa kali, hinggakan makan masa hampir sejam setengah untuk sampai ke Masjid Sg Isap Damai, dah lah tolak bot dan punggah semula barang tadi dah makan masa hampir dua jam, sangat menyakitkan hati. Bot bomba, tentera, pertahanan awam, polis berlambak-lambak dalam negeri Pahang, semuanya dibeli dengan cukai rakyat kenapa tak digunakan untuk membantu rakyat di Sg Isap, hinggakan sebiji bot bomba terpaksa buat berpuluh-puluh kerja?.

Begitu juga dengan bekalan makanan, mengapa masih tak mencukupi, apakah pihak tentera, polis atau mana-mana agensi yang memiliki kemudahan untuk memasak, tak boleh nak masak dan dihantarkan ke situ?, kenapa masih mengharapkan pihak JKKK untuk memasak di pusat penempatan dalam keadaan kelengkapan yang agak minima, dah la tu rumah JKKK pun tenggelam air juga, pastinya dia pun kelam kabut juga, pastu pulak sesetengah tu dok pelihara syaitan, hinggakan dalam keadaan begitu pun masih nak berdendam dengan orang PR hinggakan berlakunya sikap dikriminasi. Lebih kurang jam 12 malam, saya terima SMS "terima kasih ustaz, nasi dah sampai, inilah nasi yang pertama kami makan sejak semalam", ngalir jugak air mata lelaki saya, bukannya apa, dok fikirkan kasihan kat anak-anak kecil, cuba kalau kena kat anak-anak kita sendiri, apa perasaan?, kalaulah sekiranya kelambatan dan kelemahan pengurusan banjir ini adalah berpunca dari sikap balas dendam kerajaan kepada PR, apa yang saya boleh katakan "memang mereka ni sepertinya takde hati perut lansung" .......

Pada pagi 4 Dis, saya pulang dari batu 3 dengan mengharung air ke Kampung Seri Damai, sebak dada melihat Masjid Al Fatah yang sebahagian besarnya ditenggelami air, lebih sebab disepanjang berjalan kaki melihat ribuan manusia berada dijalanan, ada yang menangis, ada yang kelihatan tenang, ada yang kelihatan tension, pelbagai wajah kelihatan. Saya sempat bertanya dengan beberapa orang "kenapa tidak berada di penempatan" ada yang menjawap "dari semalam tak dapat makan-makan lagi, sebab tu mereka keluar juga, moga-moga dapat cari kedai untuk membeli makanan", tapi malangnya semua kedai tutup, kelihatan semuanya mundar mandir, ada juga yang memang dihantar ke situ kerana pusat penempatan penuh, menunggu arahan dari pihak bomba, kasihan sungguh ...akhirnya saya sampai juga kerumah dengan menumpang sebuah motorsikal di Permatang Badak, tiada apa difikirkan kecuali saya mesti segera membantu.

Saya tidak memikirkan untuk melawat pusat penempatan, kalau saya pergi dengan tangan kosong hanya akan menambahkan kesedihan sahaja, apatah lagi banyak sms yang diterima, mereka mengadu kelaparan, tidur atas simen, anak-anak tiada pampers dan macam-macam. Bagi saya, saya mesti cuba selesaikan apa yang penting dahulu, mereka lapar, anak-anak kecil kelihatan menangis mungkin kelaparan, tak berguna kalau saya hanya sibuk berkeliaran di Pusat Penempatan untuk tunjuk muka, tetapi hanya sekadar jual muka semata-mata tapi tak dapat menolong, lebih baik saya berbuat sesuatu yang dapat ringankan beban mereka. Dua orang pembantu yang mengikuti saya kata "nanti apa kata orang, kalau ustaz tak pergi pusat penempatan" .. saya kata "takpe, kita buat yang penting dulu dan buat sesuatu kerana Allah swt, bukan manusia, yang penting ikhlaskan diri, nanti Allah swt sendiri akan bagitahu kepada mereka". Kalau sekadar nak tunjuk muka, baik saya berdiri je kat tepi jalan, simpang masuk ke Sg Isap tu, tapi apa kerja pun tak jadi, dah la rakan-rakan jadi mangsa banjir, takkan saya yang mampu bergerak dan mengatur kerja, nak tercegat je, konon tunjuk muka .. rasanya kalau sekadar nak tunjuk muka je kat tepi jalan, sama je taraf saya dengan tiang letrik kat tepi jalan Sungai Isap tu, tercegat je, tapi takde faedah lansung.

Tanpa bertangguh sesampainya di rumah saya segera ke Pasar Ikan Jaya Gading, Alhamdulillah jalan kerumah saya telah boleh dilalui, agak menghairankan sebenarnya, sebab kebiasaannya air banjir di Kampung saya agak sukar untuk surut, tetapi kali ini, ianya surut dalam masa sehari, ini memudahkan saya untuk berulang alik kepasar. Saya kerahkan seluruh keluarga saya untuk turut membantu, juga Ustaz-ustaz kat Darul Fikri, kami memasak sebanyak yang boleh, selesai memasak kami hantarkan kepada penghuni jalan di Sungai Isap, sedihnya bila lihat mereka berebut-rebut, kemudian masak lagi, hantar lagi, masak lagi, hantar lagi, masak lagi tak henti-henti hingga malam, hantar sebanyak mungkin makanan yang boleh. Lauk tak kira dah, asalkan boleh alas perut. Bantuan masih belum datang, gunakan segala duit yang ada untuk beli barangan basah, panggilan talipon dari seluruh negara hampir menyebabkan saya tak boleh berbuat apa-apa, kerja nak jawap talipon je, tangan kanan pegang senduk, tangan kiri pegang talipon, tak jawap tak boleh, kerana itulah cara untuk saya dapatkan bantuan luar.

Saya mencuri ruang masa untuk menghubungi sahabat-sahabat seluruh negara untuk mendapatkan bantuan, disamping saya update perkembangan semasa dalam FB, Alhamdulillah bermula dari petang 5 Dis, bantuan mula datang dan mencurah-curah setiap hari, rombongan yang pertama datang menghantar bantuan ialah daripada Temerloh. Ma'had Tahfiz Darul Fikri menjadi sangat sibuk selepas itu dengan kehadiran ratusan petugas dan kenderaan keluar masuk untuk menghantar bantuan makanan dan sebagainya. Sms masih lagi bertalu dengan aduan dari pusat penempatan terutama di Sungai Isap, Tanah Putih dan SK Chun Ching, semua peti undi di tempat ini telah dimenangi oleh PAS pada PRU yang lalu. Terlalu banyak aduan atas sikap diskriminasi ketua kampung dan JKK yang mengetuai pusat penempatan, saya akan dedahkan pengakuan mangsa nanti. Begitu juga dengan jentera kerajaan yang terlalu maksima untuk membantu mangsa dalam banjir yang begini besar, apakah ini adalah balas dendam terhadap kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PR ?...



Pada pagi 3 Dis, saya dah rakan-rakan Unit Amal Kuantan termasuk Ayah Ngah (Imam Masjid Al Fatah) memulakan kerja-kerja memasak, jentera PAS Tanjung Lumpur kebanyakkannya sudah tidak dapat bersama kerana rumah mereka telah dinaiki air terutama yang tinggal di Sungai Isap dan Tanah Putih, ada sebahagian dari mereka telah berpindah ke Pusat penempatan mangsa banjir, tak mungkin mereka dapat membantu saya, jalan untama ke Rumah saya pun dah dinaiki air ke paras pinggang, namun saya keluar juga mengharung air ke Masjid Al Fatah untuk bersama dengan Unit Amal memasak untuk mangsa banjir. Sewaktu kami mula memasak air diperkarangan Masjid Al Fatah hanya separas buku lali, air begitu cepat naik, hinggakan api dapur gas yang digunakan untuk memasak terpadam beberapa kali akibat dinaiki air, bila padam kami alas dengan batu, terpadam lagi, alas lagi, entah berapa kali terpadam dan kami alas lagi dengan batu sehinggalah siap membungkus lebih kurang pukul 3.30 petang, ketika itu air didalam Masjid Al Fatah telah pun hampir mencecah paras pinggang. Hari tu kali pertama saya solat zohor dalam air bersama Ust Yusof Embong (Tim Pesuruhjaya PAS Pahang)

Saya dan rakan-rakan menghantarnya ke penempatan Sekolah Sg Isap Taman Murni dengan menaiki bot, saya terus ke kantin sekolah, bertemu dengan Dato Tengku Zul (calon BN yang menentang saya waktu PRU 13 baru ni), kami berbual seketika, bertanya khabar dan perkembangan semasa berkaitan banjir, mungkin beliau adalah ketua operasi penempatan mangsa banjir, saya balik dan berjanji untuk membantu menghantar bantuan makanan ke Pusat tersebut. Selesai menghantar makanan, kelihatan air semakin naik dengan mendadak, hari semakin malam, kebetulannya pulak malam tersebut air pasang besar, saya minta Ust Saharudin menghantar saya balik, bimbang juga kat Isteri dan anak-anak yang masih kecil, namun jalan kerumah saya telah dipenuhi air hingga keparas dada dengan arus yang sangat deras, pihak bomba tidak membenarkan sesiapapun melalui jalan tersebut, memang begitulah keadaan di Kampung saya hampir setiap tahun. Talian talipon pulak agak terganggu, bila tanya isteri keadaan dirumah, entahlah dengar tak dengar, bunyi macam ok jer, saya pun berpatah balik, lupakan soal mereka.

Malam tu saya tinggal di Pondok Pemuda Al Kalthumiah, bt 3, panggilan talipon hampir tak henti-henti dari rakan-rakan jamaah, terutama dari Sungai Isap, ada yang terperangkap, ada yang minta tolong ambil mereka dan macam-macam lagi, untuk berjalan kaki ke Sungai Isap dah tak boleh, bot yang digunakan oleh Unit Amal terpaksa pergi membantu mangsa, bukannya sekejap, apatah lagi di tengah malam yang gelap diiringi pula oleh hujan lebat, jalan dah terputus, rakan-rakan dari Kempadang dan sebelah Tanjung Lumpur tidak dapat membantu kerana terputus hubungan, Tanjung Lumpur pula dinaiki air pasang, Sg Soi dan Kempadang pun dinaiki air juga, buntu juga saya dibuatnya untuk mendapatkan tenaga membantu saya. Semua jalan untuk ke Kuantan terputus, sedihnya bila baca sms rakan yang mengharapkan pertolongan, tiada apa yang boleh saya lakukan dalam keadaan begini kecuali perbanyakkan berdoa. Tamparan hebat bagi saya bila semua jentera PAS dan Unit Amal tidak dapat membantu saya kerana kesemua rumah mereka telah dinaiki air termasuk rumah Ust Saharudin (Pengarah Jab Amal Negeri), beliau juga berpindah, bawa lari isteri dan anak-anaknya, saya terputus hubungan dengannya selama dua hari disebabkan tiada line talipon, saya pun tak tahu beliau dimana, entahkan hidup atau mati.

Malam tu tak lena tidur, namun dek keletihan terlelap juga seketika di Pondok Pemuda, tapi tak boleh lama, baru nak terlelap, air naik membasah tubuh, lari pula ke tempat lain, pun serupa juga, akhirnya dah tak de tempat boleh tidur, tunggu je la sampai pagi sambil memikirkan apakah tindakan yang akan dibuat esok , saya menghubungi pihak bomba dan polis untuk bertanya tentang perkembangan semasa, namun takde jawapan lansung, kecewa juga saya dibuatnya. Saya mengharapkan dalam keadaan begini sepatutnya pihak keselamatan 'all out' untuk membantu rakyat, dengan segala kemudahan yang mereka ada hasil dari cukai rakyat, mereka boleh gunakan segala jenis kenderaan darat, air dan udara untuk membantu rakyat, bukannya selalu pun, apalah salahnya gunakan helikopter untuk selamatkan mangsa yang terperangkap dan mengapa dalam keadaan banjir yang begini besar, bot yang digunakan untuk membantu mangsa hanya boleh dibilang dengan jari sahaja, dah habis ke bot dalam negeri Pahang ni, saya sempat bertanya kepada anggota bomba dan pertahanan awam, kenapa hanya sebanyak ini sahaja bot yang digunakan?, jawapannya 'tiada arahan menyeluruh' , jika benar tiada arahan menyeluruh ertinya kerajaan tidak all out untuk membantu mangsa, kerajaan apakah ini ........


Musim tengkujuh dah mula berlabuh, memang saya agak risau juga, takut-takut banjir besar akan berlaku, rupanya apa yang saya bimbangkan benar-benar terjadi. Saya dan Unit Amal Kuantan sememangnya dah menubuhkan jawatankuasa untuk persiapan menghadapi kemungkinan banjir, memang setiap tahun pun kami begitu semenjak tahun 2001 lagi, selepas banjir besar di Sungai Isap. Masa tu memang kelam kabut dibuatnya, kami tiada persediaan, sebab tak pernah berlaku dan lansung tak terduga ianya akan berlaku di Sungai Isap, saya memegang jawatan sebagai ketua Dewan Pemuda PAS Kaw Paya Besar, masa tu Sungai Isap berada di dalam DUN Penur yang dimenangi oleh PAS, banjir naik dengan mendadak, rumah saya di Kampung Seri Damai juga dinaiki air separas pinggang, namun bila dengar keadaan yang buruk di Sungai Isap, saya segera turun untuk membantu.

Air mula naik sebelah pagi, saya sampai di Taman Guru hampir waktu asar, orang dah ramai kat Masjid Al Hidayah Batu 5, semua mereka belum makan sejak pagi, saya dan beberapa orang rakan dok bincang macamana nak masak, maklum tiada persediaan, nak pergi beli makanan bukannya senang, dalam keadaan jalan dah dipenuhi air, kereta pulak jem dan banyak yang tersangkut tengah jalan, agak sukar nak pergi, nak jalan kaki, jauh la pulak, nak menghala ke Kuantan dah tak boleh, dalam keadaan begitu saya ternampak sebuah ambulan, saya menahannya dan minta tolong dengan pemandu ambulan supaya bawa saya ke pasaraya di Taman Tas untuk membeli bahan makanan, agak lucu juga, saya beli mee hon, dapur, gas, kuali dan bahan-bahan memasak dengan menaiki ambulan, masa balik dari pasaraya, pemandu memasang siren kecemasan agar kami cepat sampai, kami memasak di Markas Taman Guru, walaupun air dah naik tapi kami tetap juga goreng mee hon "mee bodo" je, kasihan kat orang, terutama kanak-kanak yang dah lapar.

Keadaan yang hampir sama juga berlaku pada banjir 2013 baru-baru ni, apa yang berlaku diluar jangkaan, saya tak menduga banjir kali ini begitu besar dan cepat, dah la tu, meliputi pulak seluruh Kuantan, hingga melibatkan hampir semua rumah anggota Unit Amal dan jentera PAS Kuantan. Pada 2 Dis baru ni, saya sepatutnya berkuliah di Jerantut, saya bertolak ke Jerantut lebih kurang jam 5.30 petang, ketika itu hujan lebat, hati sentiasa berdebar-debar takut berlaku banjir, ketika saya sampai di Gambang, melihat hujan begitu lebat dan tidak henti-henti saya mengambil keputusan untuk berpatah balik. Saya pulang kerumah untuk solat maghrib dan menukar pakaian, terus ke Sg Isap dan memang betul, apa yang saya resah kan betul-betul terjadi, air dah mula melimpah masuk kedalam rumah terutama di Sg Isap Damai, malam tersebut saya dan rakan-rakan sempat untuk membantu 2 keluarga di Sg Isap Damai untuk berpindah.

Setelah itu saya ke Tanah Putih untuk meninjau keadaan disana, Alhamdulillah sahabat-sahabat pemuda dan Unit Amal bertindak pantas untuk mengawasi jalanraya agar kenderaan melalui jalan alternatif kerana jalan di Tanah Putih sebelum jambatan Sungai Kuantan telah dipenuhi air dan tidak selamat untuk dilalui, saya turut sama membantu sehingga tengah malam, saya , Ust Sahrudin (pengarah Jab Amal Negeri Pahang) dan anggota Unit Amal Kuantan berkumpul pula di Masjid Al Fatah untuk perbincangan persiapan seterusnya sehingga lah kami segera ke Kg Kurnia kerana telah dimaklumkan air naik dengan mendadak disana, kami sempat membantu memindahkan sebuah keluarga ke PASTI Al Fatah .. hampir pagi barulah kami pulang kerumah masing-masing. Pada esoknya 3 Dis seawal pagi kami telah berkumpul di Masjid Al Fatah untuk memulakan kerja-kerja memasak setelah dimaklumkan telah ramai mangsa yang berpindah ke penempatan mangsa banjir, tiada lain yang difikirkan kecuali kebimbangan apa yang berlaku pada tahun 2001 itu berulang, takut mangsa kelaparan, kalau masa tu mungkin saya tidak dipersalahkan, cuma mungkin rasa bersalah kalau tak membantu, tetapi 2013 saya bukan lagi ketua pemuda tapi saya adalah YDP PAS Kuantan yang juga sebagai ADUN, saya mesti berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat dan pengundi saya.

Masa yang berbaki beberapa jam untuk menunggu pagi 3 Dis lansung tidak melelapkan mata, kalau dulu, waktu muda-muda, masa sedang segak, banjir adalah kegembiraan bagi saya, maklum takde tanggung jawap, apa yang saya fikirkan ialah mengatur strategi untuk menahan pukat, memasang 'taut', meredah hutan memburu ikan baung dan tapah kat dalam hutan belakang rumah saya. Bila musim banjir memang lumayan, seronok dapat ikan sungai, besar-besar pulak tu, orang kena banjir, itu dia punya pasal, saya tak fikir pun pasal orang, maklum 'tengah tolol'. Bila ingat-ingat 'bodohnya aku', serupa je macam memerang yang dok cari ikan sampai lupa kesusahan orang lain, sedangkan kalau saya susah bukan ikan-ikan tu yang menolong saya, malahan manusialah yang akan menolong saya, doa dan solatkan jenazah saya bila saya mati, cari ikan tak salah, tapi kalau sampai tak tolong orang dalam kesusahan rasanya susah sikit nak menjawap dihadapan Allah swt bila mati nanti, apatah lagi kalau dah jadi wakil rakyat, terpaksalah lupakan semua kesukaan saya, sebab PAS Tanjung Lumpur menang bukan dengan sebab undi dari ikan tapi rakyat.

JANGAN SALAHKAN UMNO ATAS KENAIKAN HARGA BARANG

$
0
0

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.

Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.

"Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun...kos hidup (tidak boleh turun)...jadi jangan terlalu emosional.

"Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

Terdahulu Isa merasmikan majlis graduasi sesi 2/2013 Kolej Yayasan Felda di Menara Felda di sini, Isnin.

Katanya, rakyat perlu bersikap rasional bukannya emosional memandangkan kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menjaga kestabilan ekonomi negara untuk kebaikan generasi akan datang.

Ditanya mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang memberi amaran akan menggantikan Umno jika Umno gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini, Isa berkata Perkasa tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana nasib pertubuhan itu sendiri selama ini dibela Umno.

Media baru-baru ini melaporkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali semasa Persidangan Agung Perkasa ke-4 mendakwa Umno menunjukkan banyak kelemahan dan“tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.

Isa menganggap kenyataan tersebut berbaur emosi serta tidak rasional kerana tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalas Umno selama ini bukan suatu tugas mudah.

"Ini suatu pandangan yang terlalu emosi kerana nak ambil alih Umno itu bukan satu benda yang mudah. Saya percaya mungkin dia (Ibrahim) dalam keadaan yang terlalu emosi," katanya.

Menyentuh cadangan Perkasa yang mahu menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Umno, Isa berkata ia perlu mengambil kira semua aspek kerana keadaan ekonomi bukan kuasa Umno dan menteri kabinet.

Katanya, mana-mana pihak harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman. - BERNAMA

KESULITAN RAKYAT DAN MINDA MENTERI (ISU HARGA BARANG)

$
0
0

Salleh Buang

SEDIKIT masa dulu, bila harga ayam naik dan rakyat mula meluahkan rasa kecewa, ada menteri yang dilaporkan berkata "Jangan makan ayam", tapi cari alternatif lain seperti daging.

Di lain waktu, apabila segolongan rakyat menyuarakan rasa terkilan mereka tentang sistem pilihan raya di negara ini, ada Menteri yang dilaporkan berkata "Kalau tak suka sistem sedia ada di negara ini, boleh berhijrah ke negara lain". Kenyataan menteri ini kemudian disokong oleh seorang menteri lain, dengan kata-kata (lebih kurang), "Kalau tak suka, boleh duduk dalam hutan".

Begitu juga, bila pada suatu ketika, harga gula naik, dan rakyat mula menyuarakan rasa sedih mereka, ada menteri yang dipetik sebagai berkata "Jangan makan gula, untuk hidup lebih lama".

Baru-baru ini, bila berita bertiup kencang tentang kemungkinan tol lebuh raya akan naik dan rakyat (seperti telah dijangka) kemudian menzahirkan rasa kesal mereka, ada menteri lain pula yang dipetik telah berkata "Jangan gunakan lebuh raya. Gunakan jalan lama yang sedia ada".

Memandangkan jawapan-jawapan menteri seperti yang disebutkan di atas tadi itulah, saya faham kenapa Dr. Asyraf Wajdi Dasuki (tokoh muda yang baru dilantik anggota MT UMNO) telah menyifatkannya sebagai sebagai "kenyataan dangkal yang hanya menambah kemarahan rakyat"

Lalu beliau menasihatkan agar menteri-menteri kita merungkai "formula terbaik" bagi menyelesaikan kesulitan rakyat akibat "pelbagai kenaikan hampir serentak" yang sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada kos sara hidup. berikut adalah jawapan menteri apabila setiap barangan di naikkan harga selepas 5 mei lalu.

Pada Selasa lalu (17 Disember) saya pulang dari Subang dengan pesawat udara Firefly dan tiba di lapangan terbang di Kepala Batas (dekat Alor Setar) kira-kira jam 3.45 petang. Ketibaan saya dengan kerusi roda disambut oleh seorang sahabat yang bertugas di situ. Dalam perbualan kita yang tidak dirancang itu, sahabat saya itu sempat berpesan kepada saya untuk melihat kandungan portal berikut setibanya saya di rumah nanti -
http://ajensifakap.blogspot.com/2013/12/harga-barang-naik-najib-razak-hari-ini.html.

Untuk makluman pembaca Utusan, saya salinkan di bawah ini sebahagian sahaja dari apa yang saya temui di portal itu. Mengikut pemilik portal itu, kenyataan-kenyataan berikut dibuat oleh Menteri-Menteri kita semenjak 5 Mei lalu -

* "jika petrol naik, jalan kaki jangan bawa kereta".

* "jika tepung naik, jangan makan tepung, makan ubi".

* "jika tambang bas naik, hantar anak sendiri ke sekolah".

* "jika letrik naik, pakai lilin.. ".

* "jika tol naik, sila guna jalan biasa tiada tol".

* "gula naik untuk elak obesiti …".

* "jika tidak buat gst, malaysiaakan bangkrap".

* "tambang lrt paling rendah di dunia, mesti perlu di naikkan sebab sudah 10 tahun tak naik-naik".

* "ayam naik jangan makan ayam, makan ikan".

* "harga rumah naik jangan beli rumah, sewa saja".

* "harga kereta naik tidak bebankan rakyat".

Berikutnya, saya dapati bahan yang sama juga telah disiarkan dalam portal lain, iaitu :
http://akuanakpahang.blogspot.com/2013/12/kerajaan-barisan-nasional-dikecam-hebat.html.

Rakyat kita yang tinggal di Lembah Klang sudah pun sedia maklum bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) telah mengeluarkan kenyataan tentang kemungkinan tambang pengangkutan awam LRT dan monorel akan naik tahun depan (2014). Bagi SPAD, kenaikan itu wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan.

Kenaikan kos hidup sudah tidak dapat dielakkan lagi memandangkan bahawa selain kenaikan harga gula, harga petrol juga telah naik dan tidak lama lagi tarif elektrik (dijangka berkuatkuasa tahun depan).

Kenaikan tarif elektrik itu akan memberi impak negatif kepada negara. Mengikut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, kadar inflasi negara dijangka meningkat daripada 2.8 kepada 3.0 peratus tahun depan.

Saya difahamkan oleh pihak yang lebih arif mengenai hal ini bahawa secara amnya kenaikan gaji rakyat kita (yang bekerja dengan majikan) adalah pada tahap 2.5% setahun sahaja, manakala kenaikan harga barang keperluan adalah lebih tiga kali ganda, iaitu 8.5% setahun. Perbezaan ini pastinya membebankan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

Rakyat hairan bagaimana harga gula boleh naik tiga kali dalam tempoh kurang satu tahun. Kali pertama, harga gula naik adalah pada 6 Julai 2010, kali kedua pada 4 Disember 2010, manakala kali ketiga pada 9 Mei 2011. Alasan yang diberi oleh kerajaan adalah "rasionalisasi subsidi."

Rakyat negara ini tahu Malaysiaadalah salah satu pengeluar gula utama dunia. Ada 4 buah kilang gula di negara kita, iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd (juga dipanggil Gula Prai), Central Sugar Refinery Sdn. Bhd, Gula Padang Terap Berhad dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. Rakyat juga tahu Raja Gula Malaysia, Robert Kuok, merupakan antara orang terkaya di negara ini dan di rantau Asia.

Justeru, rakyat mahu tahu kalau Malaysiaantara pengeluar gula utama dunia, bagaimana harga gula di negara ini boleh terus naik?

Pada Ogos 2012 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada rakyat negara ini bahawa usaha menangani kenaikan kos sara hidup rakyat akan terus menjadi "komitmen utama" kerajaan.

Harapan kita jaminan keramat Perdana Menteri ini akan terus ditunaikan, dan bila rakyat meluahkan rasa hati mereka mengenai kos sara hidup yang terus meningkat, hendaknya tidak ada lagi jawapan dari mana-mana menteri yang tidak masuk akal, seolah-olahnya memperbodohkan rakyat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131224/re_05/Antara-kesulitan-rakyat-dan-minda-menteri#ixzz2oRAzBxd5

Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun),SAMAN RM100 JUTA ATAU TARIK BALIK KENYATAAN ?

$
0
0

MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.
Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.

Pengarah strategi PKR itu berkata beliau akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.
Rafizi berkata beliau akan memilih karangan emel palsu paling menarik dan kreatif untuk ditujukan kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara.

"Kita akan umumkan esok, oleh kerana kita anggap ia lawak jenaka.

"Anda (polis) bazir wang rakyat, dan bazir masa semua orang. Awak (wartawan) kena tunggu di depan ini tengah hari untuk berita.

"OK, kita anggap ia satu jenaka mengenai hal ini, dan kita nak tengok berapa banyak emel palsu yang polis nak siasat," kata beliau selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini.

Rafizi menegaskan, emel yang menuduh beliau terlibat dalam rancangan meletakkan bom di ibu negara malam 31 Disember depan adalah palsu.

Sementara itu Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya yang menemani Rafizi mendakwa polis tidak menerima sebarang laporan berhubung emel palsu itu untuk dijadikan asas bagi menyiasat MP tersebut.

Beliau mendakwa, polis hanya menerima laporan pada 17 Disember, lama sebelum dakwaan dalam emel palsu itu muncul.
Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyebut mengenai letupan, atau rancangan membuat kacau pada malam 31 Disember, kata Latheefa.
"Apa yang kami terkejut adalah tiada satupun laporan polis terhadap Rafizi. Kami diberitahu yang kononnya polis sedang menyiasat satu laporan yang dibuat oleh ASP Rasha Aswadi yang dibuat pada 17 Disember.
"Dan dalam kandungan laporan tersebut tak ada laporan mengenai bom, bom tangan dan sebagainya," katanya.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam menamakan empat NGO yang didakwa terlibat dalam sebuah himpunan untuk menggulingkan kerajaan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru depan.

Kumpulan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia.
Sumber -Radzi Razak Malaysiakini

SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

“…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya.

Semalam, memetik laporan berita polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka akan membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka,31 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya. 

TAK MUNGKIN HIMPUNAN GULINGKAN KERAJAAN MACAM INI ??

$
0
0

Aku yakin paparan akhbar tempatan esok hari memaparkan botol mineral yang melayang ke atas stage konsert di Dataran Merdeka. Mereka akan mengulas lihatlah himpunan 'guling' ini ganas, merbahaya & nak jatuhkan kerajaan. Namun sebagai saksi di tempat kejadian ingin aku ceritakan serba ringkas apa sebenarnya yang berlaku.

Pertamanya, aku tiba ke dataran jam 1015 malam.Masa aku sampai orang dah ramai. Mungkin dalam 20 ribu orang. Peserta himpunan Turun ini tidak dapat masuk ke padang kerana ramai polis menghalang. Tapi aku pelik, apa yang pelik sangat dorg ni. Sah2 nak masuk padang dataran banyak laluan lain.

Jadi aku malas bersesak2 di situ dan terus menyeberangi 'jambatan' untuk ke padang.

Sampai je kat padang, konsert dbkl berjalan seperti biasa. Adalah dalam 5 ribu orang yang menonton. Yang ramai aku nampak mat2 bangla & indo. Ye lah, inikan Negara Banglasia.

Dari seorang artis ke seorang artis. Peserta himpunan masih dihadang oleh pihak polis. Dalam jam 1115 malam aku nampak peserta himpunan berpusu2 ke padang dataran merdeka. Mereka hanya berkumpul di jalan raya. Adayang duduk, berdiri, melaungkan Turun2 dan sebagainya.

Jay jay yang buat persembahan rasa tak senang sebab nampak dari atas stage ramai berhimpun di sebelah padang. Dia tanya tu yang kat sebelah tu buat apa? Peserta 



himpunan jawab turun.. Turun.. Turun.. Haha.. Jay jay speechless dan kata harap malam ni semuanya selamat. Kemudian jay jay nyanyi lagu putih2 melati. Audien di padangbanyak yg berdiri, menyanyi bersama dan berjoget.

Then Najwa Latif nyanyi. 2 lagu.. Ceh aku dah macam laporkan konsert Dbkl plak kan.. Kah3..

Lepas Najwa ni lah segalanya berubah. Naik seorang penyanyi perempuan. Nyanyi dalam beberapa rangkap lagu sedang di sisi padangsedikit demi sedikit peserta himpunan masuk ke dalm padang. Makin lama makin ramai. Masa ni aku dah nampak bbrp orang anggota polis ke stage dan berbincang sst dgn pihak

Aku dah rasa lain macam.

Dalam beberapa saat kemudian aku nampak balingan botol2 mineral dari tempat audien melayang ke atas stage. 1 botol, 2, 3, 4 dan seterusnya. Emcee umumkan sampai sini saja. Kita terpaksa berhenti. Selepas itu lampu di stage semuanya padam. Pemain muzik orkestra juga berhenti serta merta.

Masa ni aku dah rasa tak sedap hati. Aku dah bayangkan laporan media macai esok hari. Namun aku ada beberapa soalan :

1. Botol mineral dibaling dari tempat audien. Maksudnya tempat di mana mereka yang telah awal masuk dan duduk di atas padang. Peserta himpunan masih belum sampai ke situ. Siapa yang baling?

2. Yang aku pelik, air mineral tu bila baling sampai pula sampai atas stage. Maksudnya air masih banyak. Masih berat Barangkali botol mineral ini masih belum dibuka. Kepala bana apa beli air mineral x minum dan pakat2 baling sampai stage?

3. Kenapa balingan botol mineral ini mirip2 kejadian di depan sogo semasa bersih 3.0? Adayg baling ke kereta polis dan sampai skrg tidak tahu siapa yang baling.

Aku tinggalkan 3 persoalan ni pada korang semua. Siapa yang faham tu, tahu sangat siapa punya kerja yg baling botol dan cetuskan provokasi.

Now aku dah on the way balik. Aku malas nak lama2 kat sanadan aku tak tahu apa terus berlaku kat sana.

Yang pasti, tahun 2014 ini bersedialah semua hamba rakyat menanggung kebangangan peminpin yang tdk pandai mengurus ekonomi. Yang jadi mangsa, kitalah rakyat Malaysia.

Selamat malam Malaysia.. Selamat tahun baru..



























Mengapa menuduh himpunan menuntut turunkan kos sara hidup di tuduh "BUGHAH" ??...

$
0
0

Aku tak berani nak cakap lebih-lebih bab Hukum Hakam ni... Sebab diluar sana beribu lagi yang lebih pandai .. Aku belajar Agama hanya untuk diri sendiri dan keluarga..itu pun banyak yang tak lepas.
Tapi apabila terbaca ulasan orang tua kelulusan Kolej Islam Malaya Klang  1960 ini  dan bekas kerja di Cawangan Khas KDN tahun 1964 aku rasa macam ada suatu yang tak kena dalam diri dia.. mengeluarkan satu hukum tanpa teliti secara umum dan dibaca jutaan manusia.
Membuat kenyataan dalam masa umat islam sunni di tekan dalam setiap sudut oleh syiah dan musuh-musuh islam lainya .
Mengapa menuduh himpunan menuntut turunkan kos sara hidup di tuduh "BUGHAH" ??...

"Halal dibunuh " adalah satu ungkapan yang menyemarakkan lagi pergolakkan umat islam yang sedia ada....
Pastinya kaum Syiah tersenyum lebar membaca kenyataan ini disebabkan adanya  persamaan dengan membunuh ahli SUNNI mendapat pahala.



APA ITU BUGHAH ????.....

$
0
0


Jom Tan Sri Harunsani kita belajar apa itu BUGHAH. Di harap Tuan Mufti yang bijaksana baca sampai habis. Tuan dulu belajar kat mana? Apakah Tuan Mufti lebih bijaksana dari Saidina Ali yang pernah berhadapan dengan pemberontak dan tidak pernah menghalalkan semua darah pemberontak?. Apa pula hukum keatas mereka yang membuat fatwa sendiri? Maaf darah kami tidak halal bagi kamu. Katalah benar kpd yg haq dan katalah palsu kpd yg batil.....

Apa yang di nyatakan oleh Dr.MAZA itu adalah kebenaran.
http://drmaza.com/home/?p=1467

BUGHAH (PEMBERONTAKKAN) DALAM ISLAM. Pemberontakkan dan Bagaimana Menghadapinya Dalam Hukum Islam Siapakah pemberontak? Pemberontak ialah siapa sahaja yang melampaui had atau melampaui batas undang-undang yang sepatutnya dipatuhi dalam sesebuah Negara. Dalam bahasa arab pemberontak di kenali sebagai bughah iaitu sekumpulan umat Islam yang menentang pemerintah Islam atau melanggar perintahnya atau bertindak menghalang hak-hak Allah atau hak manusia.

Apakah hukumnya? Apabila wujud pemberontakkan, pemerintah Islam WAJIB MENGHANTAR WAKIL BAGI BERURUSAN DENGAN PEMBERONTAK. Jika tuntutan bughah tadi adalah baik dan tidak memberi kesan yang buruk, tuntutan mereka wajib dipenuhi. Sekiranya tuntutan mereka tidak relevan, boleh memberi kesan buruk, atau tidak ada sebarang motif, maka pemerintah hendaklah memberi nasihat berupa amaran bahawa mereka akan diperangi jika meneruskan memberontakkan dan minta mereka supaya kembali taat. Jika mereka enggan dan masih memberontak, mereka wajib diperangi.

KUMPULAN PEMBERONTAK TIDAK DIHUKUM FASIK ATAU KAFIR KERANA MEREKA MEMPUNYAI SEBAB DAN ALASAN YANG DIBENARKAN SYARAK.

Syarat-syarat bagi Memerangi bughah.
1. Untuk memerangi bughah, syarat pertama ialah kumpulan pemberontak itu mestilah kekuatan dan keupayaan untuk menentang atau mengancam pemerintah. Kekuatan mereka mungkin dari segi jumlah ahli yang ramai atau senjata.
2. Pemberontakkan yang dilakukan mestilah benar-benar diluar kawalan pemerintah. Jika ia masih boleh dikawal, mereka tidak perlu diperangi, cukup sahaja dengan ditangkap dan dipenjarakan.
3. Kumpulan bughah ini perlulah mempunyai tafsiran yang jelas tentang sebab mereka memberontak dan mereka mempunyai ruang dalam berijtihad. Jika mereka tiada takwilan yang jelas dan ijtihad yang disandarkan, maka mereka tidak dihukum sebagai pemberontak tetapi diperangi sebagai kumpulan yang fasik. Perlu ditekankan disini bahawa, jika tiada ijtihad dan tafsiran yang jelas bagi sebab memberontak, dan mereka menghalalkan memerangi pemerintah Islam, kumpulan pemberontak boleh menjadi kufur.
4. Syarat terakhir ialah kumpulan pemberontak mestilah mempunyai tokoh yang ditaat yang berperanan menguatkan mereka, yang mempengaruhi dan menyatupadukan ahli bagi melakukan pemberontakkan.

Dalil "Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil". (al-Hujurat: 9)

Menurut Ulamak, ayat ini bersifat umum atau boleh diqiaskan dengan pemberontakkan. Puak yang zalim adalah kumpulan yang melampaui batas dan perlu diperangi oleh pemerintah apabila dituntut oleh syarak. Dari sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dalam bab memerangi khawarij Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memisahkan diri dari jamaah walaupun sejengkal, maka dia telah mencabut ikatan Islam daripada lehernya.”

Mengapa Pemberontak Perlu Diperangi? Ini adalah kerana supaya menjaga kestabilan pemerintahan setelah dilantik secara sah oleh Umat Islam. Kestabilan pemerintahan penting bagi menyatupadukan kekuatan Umat Islam dan bagi menakutkan musuh. Banyak Ayat al-Quran memerintahkan umat Islam taat setia kepada pemerintah walaupun dia seorang yang zalim. Tetapi ketaatan dikecualikan dari taat pada perkara maksiat. Dan ketaatan kepada pemerintah adalah melebihi dari berpegang pada ijtihad.

Bagaimana memerangi pemberontak?

MEMERANGI BUGHAH BERBEZA DENGAN CARA MEMERANGI ORANG YANG FASIK, KAFIR DAN MUSUH ISLAM. Malah ia tidak ada kaitan dengan Bid’ah. Memerangi bughah hanya satu matlamat iaitu menjaga keamanan dan perpaduan umat Islam.

1. MESTILAH PEMERINTAH TERLEBIH DAHULU MENGHANTAR WAKIL BAGI BERBINCANG SEPERTI MANA DILAKUKAN OLEH SAIDINA ALI R.A YANG MENGHANTAR ABDULLAH BIN ABBAS R.A BAGI BERBINCANG DENGAN KUMPULAN YANG MENENTANGNYA. SETELAH PERBINCANGAN GAGAL, PERLULAH DIBERI ANCAMAN AKIBAT DARI PEMBERONTAKKAN DAN KEMUDIAN MEMBERI AMARAN AKAN DISERANG, KEMUDIAN BARULAH WAJIB DIPERANGI JIKA MASIH GAGAL.

2. PEPERANGAN HANYA PADA ORANG YANG MEMBALAS SERANGAN, jika ada pemberontak yang lari dari medanperang tidak boleh dikejar dan pemberontak yang cedera tidak boleh dibunuh.

3. PEMBERONTAK YANG DITAWAN TIDAK BOLEH DIBUNUH, LARANGAN KEATAS PEMBERONTAKKAN INI DARI HADIS NABI S.A.W DARI IBNU UMAR, “JANGAN KEJAR MEREKA YANG MELARIKAN DIRI DAN JANGAN KEJAR DAN BUNUH MEREKA YANG CEDERA.” AL-BAIHAQI MENAMBAH LAGI: “DAN JANGAN DIRAMPAS HARTA MEREKA”.Dalam satu peristiwa saidina Ali r.a pernah menyuruh pesuruhnya membuat pengumuman dalam peperangan terhadap pemberontak bahawa jangan mengejar orang yang melarikan diri, jangan diserang orang yang cedera, jangan dibunuh orang yang ditawan dan sesiapa yang menutup pintunya dan meletakkan senjata akan selamat. Sesiapa yang enggan menyerah, enggan memberi baiah dan taat setia akan dipenjara sehinggalah peperangan tamat. Tawanan akan dibebaskan sekiranya dia berjanji tidak akan terlibat lagi dalam peperangan. Jika dikhuatiri dia akan memungkiri janji, dia boleh terus dipenjarakan sehingga diyakini.

4. Walaupun HARTA MILIK TIDAK BOLEH DIRAMPAS ATAS NAMA HARTA RAMPASAN PERANG, namun harta berupa senjata perlu disimpan sebagai bukan hak milik kerajaan sehingga diyakini mereka tidak kembali melancarkan serangan. Implikasi peperangan terhadap pemberontak.

JIKA SEMUA SYARAT DIPENUHI DAN LANGKAH AWAL TELAH DIAMBIL, MAKA HALAL DARAH PEMBERONTAK YANG DIBUNUH KERANA TINDAKAN INI DIBENARKAN OLEH SYARAK.

Oleh itu pembunuh tidak dikenakan qisas dan bayar diyat. Selepas tamatnya peperangan, jika pemberontak dibunuh sedangkan dia telah melakukan baiat, maka pembunuh akan dikenakan hukuman qisas. Jika pembunuh bersumpah dia membunuh dengan menganggap pemberontak masih engkar, maka qisas digugurkan dan dia hanya perlu membayar diyat.

Sumber : Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, bab Pemberontakkan dan Hukumannya.

Perubahan pengurusan dalam FGV

$
0
0
The changes, effective today, include enhancing the existing management team via portfolio optimisation within the group, FGV said in a statement.

Soh Kim Yaw will be the vice-president for FGVPM while Daniel Lee V'nn Ckh'ng will be appointed as the acting vice-president and chief information officer of FGV.

It announced that Fairuz Ismail has been appointed as the new executive vice-president for FGV's transformation management office. He was previously the executive vice-president and head of global plantations for Felda Global Ventures Plantation (Malaysia) Sdn Bhd (FGVPM).

FGVPM's new chief executive officer and head of plantation cluster is Abdul Halim Ahmad, who was previously the executive vice-president of downstream operations.

Farisan Mokhtar is the new senior vice-president of business development for downstream cluster while Datuk Abd Halim Hamid is the senior vice-president and head of Southeast Asia & Oceania desk of FGV. 


Zakaria Arshad, meanwhile, will be the new senior vice-president and acting head of downstream cluster and Denys Colin Munang is appointed as the vice-president and group CEO of Pontian United Plantations Bhd. 

http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/fegv/Article/



Perubahan, berkuat kuasa hari ini, termasuk meningkatkan pasukan pengurusan sedia ada melalui pengoptimuman portfolio dalam kumpulan, FGV berkata dalam satu kenyataan. 

Soh Kim Yaw akan menjadi Naib Presiden FGVPM manakala Daniel Lee V'nn Ckh'ng akan dilantik sebagai pemangku naib presiden dan ketua pegawai maklumat FGV

Ia mengumumkan bahawa Fairuz Ismail telah dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif yang baru untuk pejabat pengurusan transformasi FGV. Beliau sebelum ini adalah naib presiden eksekutif dan ketua ladang global untuk Felda Global Ventures Plantation (Malaysia) Sdn Bhd (FGVPM).

Ketua pegawai eksekutif dan ketua kelompok perladangan baru FGVPM adalah Abdul Halim Ahmad, yang sebelum ini Naib Presiden eksekutif operasi hiliran.

Farisan Mokhtar adalah Naib Presiden Kanan yang baru pembangunan perniagaan bagi kelompok hiliran manakala Datuk Abd Halim Hamid merupakan Naib Presiden kanan dan ketua Asia Tenggara & Oceania meja FGV. 


Zakaria Arshad pula akan menjadi Naib Presiden Kanan dan bertindak ketua baru kelompok hiliran dan Denys Colin Munang dilantik sebagai Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Pontian United Plantations Bhd 

SURAT MUHAMMAD SAW KEPADA ORANG ORANG KRISTIAN...

$
0
0
Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai.

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.

Surat Nabi Muhammad yang berada di St. Catherine's Monostery

Maksudnya :-

"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

**(The original letter is now in the TopkapiMuseum in Instanbul)

Many Thanks to Linken Lim, Batu Pahat.

Video: http://www.youtube.com/watch?v=u0SsRmC6O5k

23 PERKARA CIRI-CIRI SYIAH SESAT

$
0
0
 1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.


 11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.


 21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.



23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.

Sejarah Syiah

Pengasas syiah adalah Abdullah bin Saba' iaitu seorang Yahudi daripada Yaman. Beliau telah memasang niat awal bersama dengan orang2nya iaitu dia tidak akan pulang selagi tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Dia telah mewujudkan satu api fitnah yang besar ke seluruh dunia Islam ketika itu. Dia telah mengelilingi dunia Islam dengan memberitahu umat Islam bahawa Nabi SAW sebenarnya melantik Saidina Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah serta memburukkan usman yang menjadi khalifah ketika itu di Madinah. Ketika itu dunia Islam terbuka, umat Islam di merata tempat, sedangkan para sahabat yang tahu cerita sebenar berada di Madinah sahaja. Kekurangan dalam perhubungan, manambahkan lagi api fitnah.

Liciknya beliau dalam menipu sehingga umat Islam termakan dengan fitnah-fitnahnya. Lantas penyokongnya mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Usman kerana merampas jawatan daripada Ali. Rentetan daripada isu ini, mereka telah mengkafirkan para sahabat kerana berbaiah dan redha dengan 3 khalifah yang awal.

Syiah dan ahli sunnah tidak akan boleh bersama.

- tolong sebarkan kesesatan syiah ini -Oleh ilmi islam.com
Viewing all 362 articles
Browse latest View live