Quantcast
Channel: Gaya Peneroka
Viewing all 362 articles
Browse latest View live

Pulau Batu Puteh.... Mu tunggu aku datang bersama bukti

$
0
0


' Suka Beta ingatkan bahawa Beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun Beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu'.

Titah Baginda Sultan Iskandar semasa Majlis Perasmian pembukaan persidangan DUN Johor pada 19 Jun 2008.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) telah memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura pada 23 Mei 2008. Dato' Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, dalam Akuan Bersumpahnya mengatakan Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail, terlibat menerima rasuah yang menyebabkan Malaysia kalah dalam tuntutannya keatas Pulau Batu Putih. Dakwaan Mat Zain berkaitan pertemuan beliau dengan peguam terkemuka, Dato' Seri Shafie Abdullah, yang mengaitkan Ghani Patail menerusi akaun banknya di Hong Kong.

Kenyataan Tun Dr Mahathir, pendedahan YB Rafizi Ramli dan ulasan Dato' Rohanie melalui blognya, Kuda Kepang, menimbulkan banyak tanda tanya disebalik keputusan ICJ yang memberi kemenangan 12-2 terhadap Singapura.

Isu Pulau Batu Puteh telah diperjuangkan oleh Dewan Pemuda PAS Johor sejak awal tahun 1990an lagi. Bahkan, beberapa usaha mendekati pulau tersebut dilakukan. Ia hampir berjaya, apabila ketika saya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor; mahu memacakkan bendera Malaysia di pulau tersebut. Namun, di halang oleh Marin Singapura yang memberi amaran untuk' melepaskan tembakan ' jika rombongan saya yang menaiki bot mendarat di pulau Batu Putih.

Meskipun Baginda Sultan Iskandar telah mangkat, seharusnya rakyat Malaysia khususnya orang Johor tidak boleh berdiam diri. Lebih2 lagi dengan pendedahan yang dibuat oleh Dato' Mat Zain.

Berapa banyak hak dan kepentingan Johor telah terlepas kepada Singapura. Tanah KTM di Tanjung Pagar, tanah PUB, penjualan air mentah yang terlalu murah dan pencerobohan ruang udara oleh pesawat Singapura. Isu Jambatan Bengkok telah korbankan ratusan juta wang kerana membayar pampasan terhadap pemaju projek.

Saya setuju agar sensitiviti dan keharmonian dengan negara jiran harus dipelihara. Namun, dalamasa yang sama soal kedaulatan dan maruah negara tidak sekali2 diperjudikan untuk kepentingan peribadi. Tiada kompromi mengenainya. Dengan kata lain, perjuangan mempertahan dan mendapatkan semula hak negara kita mesti berjalan terus. Inilah semangat patriotisme yang sepatutnya ada pada rakyat Malaysia.

Untuk itu, Mesyuarat Politik Badan Perhubungan PAS Johor pada pagi tadi(sabtu) telah setuju untuk menubuhkan suatu task force bagi menggerakkan usaha secara politik, diplomatik dan perundangan dalam isu Pulau Batu Putih. Saya telah diamanahkan untuk mempengerusikan task force ini.

Sebagai langkah awal, pasukan penyelidik ditubuhkan untuk mengumpul sebanyak mungkin dokumen dan maklumat mengenai Pulau Batu Puteh. Ia akan memudahkan panel guaman membuat langkah yang selari mengikut kaedah perundangan.

P/s Alhamdulillah, sudah ada pihak yang tampil memberi dokumen penting.

Selepas rugi RM29.14 juta, FGV saman lembaga pengarah anak syarikat

$
0
0
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memfailkan saman terhadap 12 bekas Ahli Lembaga anak syarikat yang dibelinya, Pontian United Plantation Bhd (Pontian) atas dakwaan pecah amanah melibatkan kerugian sebanyak RM29.14 juta kepada syarikat tersebut.
Menurut kenyataan FGV ke Bursa Malaysia kelmarin, saman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan 12 defendan iaitu Dr Chen Man Hin, Soo Lim Pang, Khoo Siong Kee, Soh Lim Chang, Soo Chong Veoy, Tan Kim Hai, Dr Wong Shiak Sun, Wong Loi, Khoo Lian Fue @ Khoo Bing Sing, Chew Ah Siong, Dr Christopher Chen Li Hsian dan Dr John Chen Li Tat, seperti dilapokan Utusan Malaysia, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata Pontian diambil alih oleh FGV pada 1 Oktober 2013 lalu.
Beliau berkata, pengambilalihan itu akan meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) syarikat sebanyak 80,000 tan metrik setahun, selain kumpulan mendapat manfaat daripada sinergi yang terhasil membabitkan operasi kedua-dua ladang di Sabah.
Sementara itu, menurut sumber, semua bekas ahli lembaga pengarah itu termasuk Man Hin yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP didakwa bertindak menyalahgunakan kuasa mereka untuk meluluskan beberapa transaksi demi kepentingan diri pada 3 September tahun lalu.
Bekas ahli lembaga pengarah terbabit mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dan mencadangkan pembayaran gratuiti berjumlah RM28.7 juta dan bajet percutian RM432,000 tanpa pengetahuan FGV.
Sumber itu memberitahu, mesyuarat tersebut dibuat hanya sehari selepas pengambilalihan Pontian United Plantation oleh FGV dimuktamad pada 2 September melibatkan kos RM1.2 bilion manakala pembayaran transaksi kepada bekas ahli lembaga pengarah berlaku pada 6 September.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat pada 3 Januari lalu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun selain sebatan serta denda.
"Kita kesal dengan apa yang berlaku kerana jelas segala transaksi yang dilakukan oleh mereka adalah penyelewengan ke atas aset Pontian United Plantation, sedangkan selaku pemilik saham majoriti dengan jumlah 50.25%, sebarang keputusan memerlukan kelulusan FGV.

"Tindakan undang-undang adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan isu itu kerana perbuatan mereka secara sedar mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dengan tergesa-gesa bagi tujuan pecah amanah tidak boleh dibiarkan," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. – 10 Januari, 2014.

Sumber dari SINI

Macam Cantik Jer Macam Comel Jer - Amar

PROJEK PERJEMAHAN ALKITAB (BIBBLE) BERMULA PADA TAHUN 1974 /

SEPATUTNYA KANGKONG DITUKAR PADA MINYAK BARU KITA NAMPAK CERDIK

$
0
0
Melayu mudah lupa.....
Kita sedar atau tidak..?..
PM kita memperbodohkan kita...
Dulu buat belanjawan antara barangan yg tak kena cukai pewarna rambut....
Belanjawan selepas itu antaranya belacan tak kena cukai...
Hari ini buat kenyataan harga kangkung sudah turun dan menyeru rakyat agar bersyukur...

Saya berpendapat PM kita tak ada isu atau tidak ada modal nak tepis masaalah kenaikan harga barang,rakyat 52% memberontak atas kenaikan harga barang secara serentak kebetulan atau memang dirancang selepas pilihanraya.

Kangkung turun harga atau naik harga ia tidak ada nilai sebenarnya kenaikanya tidak ada hubung kait barangan lain kalau dibandingkan dengan harga minyak atau letrik
Minyak turun rakyat makmur ...minyak naik semua barangan akan naik ,rakyat sensara...

Tidak patut sama sekali  PM orang No.1 berucap atas pentas yang kos pentas itu sendiri ratusan ribu ringgit ...didepan ribuan manusia .. depan  puluhan  media...kangkong menjadi contoh atau hujah naik turunnya harga barang....

Kalau pakcik-pakcik Felda...Makcik-makcik Felda bersembang di warong kopi atau diberanda jiran itu ada logiknya dan memang itu tarafnya...

Kita sebenarnya masih lagi mencari-cari  kepimpinan Negara yang cerdik,telus,amanah dan tidak memperbodohkan rakyatnya.....

Tapi bila masanya ???

BERAKHIRNYA SALAK PANTAI TIMUR

$
0
0
Berakhirnya projek salak pantai timur ..
Kalau dulu di pekan sehari sekitar kemaman,kuantan pekan dan rompin apabila musin salak dari sinilah sumbernya .. ladang salak seluar 5 ekar kepunyaan saudara Ishak Ahmad yang tumbuh subur menjadi nadi ekonomi dan sumber buah-buahan tempatan.
Kini  telah dimusnahkan kerana tanah tersebut akan dibangunkan perumahan generasi kedua Felda.
Saya amat yakin selepas ini salak luar akan menyambung warisan salak pantai timur ..
Kita akui perumahan generasi kedua felda amat penting dalam rancangan ... Tetapi tidak adakah kaedah lain tanpa memusnahkan pokok pertanian yang jarang orang lain mengusahakan seperti ini ?..
Mengapa tidak ada bantahan dari Jabatan Pertanian sendiri ?..
Tidak adakah kawasan lain untuk dibangunkan Perumahan ??


UBAT YANG MERBAHAYA

$
0
0
 Farmasi Perak Kopi ini berharga RM5.00 sepeket..dikategori sebagai sangat mahal berbandingi kopi campuran biasa di pasaran yang berharga Rm2-3.Sila berhati-hati
Farmasi Perak Perlu dijelaskan disini produk ini asalnya adalah minuman, pihak farmasi secara keseluruhannya memantau produk didalam bentuk farmaseutikal iaitu kapsul tablet dan sekiranya produk tersebut telah disahkan kandungannya mengandungi racun yang digunakan untuk merawat pesakit didalam makanan setelah dianalisa secara kimia barulah pihak farmasi berperanan.Ruang lingkup penguatkuasaan akta kami : Produk" bermaksud:

 (A) Ubat dalam unit dos atau selainnya, untuk digunakan sepenuhnya atau sebahagian besarnya dengan yang diberikan kepada satu atau lebih manusia atau binatang untuk tujuan perubatan;(B) Ubat yang akan digunakan sebagai bahan persediaan untuk tujuan perubatan. Dalam kes produk sebegini, jika terdapat pendedahan oleh orang awam silalah hubungi kami untuk memaklumkan lokasi premis berkenaan atau cubasampaikan maklumat page ini untuk pengetahuan penjual diluar sana.

 Farmasi Perak Steroid adalah dikategori racun dibawah Akta Racun 1952.Akta yang kami kuatkuasakan.Sila rujuk album kami yang lain bagi bahan bacaan berkaitan steroid.
 Farmasi Perak Sildenafil adalah nama kimia kepada viagra sedangkan viagra itu sendiri adalah nama jenama untuk ubat perangsang seks.Viagra yang berdaftar hanya digunakan untuk lelaki yang mempnuyai masalah denagn fungsi seks lelaki sahaja dan hanya dipreskrib oleh doktor setelah beberapa ujian kesihatan dijalankan keatas pesakit tersebut,Sangat bahaya jika pesakit mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung.Sila berjumpa doktor jika anda mempunyai masalah kelelakian.

Farmasi Perak Steroid adalah dikategori racun dibawah Akta Racun 1952.Akta yang kami kuatkuasakan.Sila rujuk album kami yang lain bagi bahan bacaan berkaitan steroid.

YA ALLAH !!!... SELAMATKANLAH KOLEJ FELDA ..

$
0
0
Dalam kesibukkan menjana fitnah kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan tutup GiatMara .. rupa-rupanya Felda sudah pasang niat dan hasrat mau tutup semua Kolej Yayasan Felda.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda  bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini  yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri  di institusi pengajian tinggi.


The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.

Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.

Menurut sumber itu, keputusan muktamad terhadap bajet bagi kolej berkenaan akan ditentukan pada mesyuarat lembaga Felda minggu hadapan tetapi menambah bahawa kemungkinan besar Faizoull akan melaksanakan keputusannya untuk menutup kolej.


Percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Faizoull telah ditolak walaupun beliau sebelum ini bersetuju untuk ditemui.

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai 113,000 peneroka yang bekerja di ladang getah dan kelapa sawit di negara ini. Syarikat komersil Felda Holdings Bhd berjaya melancarkan IPO kedua terbesar di dunia pada tahun 2012 bagi unit Felda Global Ventures Bhd.

Felda Global Ventures kini merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia berdasarkan keluasan tanaman. Di Malaysia sahaja, ia mengawal lebih 850,000 hektar tanah , termasuk kira-kira 500,000 hektar yang  dipajak dan diurus oleh peneroka Felda.


Kolej-kolej Felda adalah sesuatu yang diperlukan oleh peneroka kerana ia merupakan peluang untuk mendapatkan kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang hampir dijamin oleh syarikat perladangan gergasi kerana biasanya akan menyerap graduan daripada kolej berkenaan menjadi kakitangan tetap.

Pada masa ini, pelajar hanya perlu membayar RM250 sahaja, sementara bayaran asrama, makanan dan yuran sekolah diberi subsidi oleh Felda.

Kolej-kolej Felda ini menyediakan latihan vokasional dalam bidang yang berbeza sehingga tempoh enam bulan sebelum mengambil kebanyakan graduannya menjadi  bekerja di bawah anak syarikatnya.


Bulan lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan RM17 juta kepada Yayasan Felda, badan yang menguruskan kolej bagi skim latihan dan program untuk anak-anak peneroka.

Sumber berkata, keputusan Faizoull untuk mengurangkan pembiayaan berpunca daripada sebab-sebab peribadi dan bahawa beliau pernah mencabar persetujuan lembaga Felda.

Tanpa gentar membuat keputusan mengurangkan dana daripada pelbagai projek insiatif Felda, Faizoull telah menamatkan beberapa program sejak beliau mengambil alih pada tahun 2012.

Sebagai salah satu daripada kisah kejayaan pertanian negara, Felda komited membantu peneroka meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan dan latihan.


Perbadanan ini adalah legasi perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dibangunkan sebagai sebuah agensi kerajaan pada tahun 1956 , tujuannya adalah untuk membantu peneroka miskin luar bandar ke kawasan tanaman baru yang semakin meningkat.

Selama bertahun-tahun, Felda berkembang menjadi konglomerat dalam bidang pertanian, hospitaliti, pengangkutan, pengilangan dan lain-lain .

Sebagai balasan, para peneroka memberi ketaatan kepada Barisan Nasional (BN) yang menerima pelbagai manfaat yang ditawarkan Felda dalam bentuk  dividen, pendidikan dan bantuan perubatan, bantuan perumahan dan lain-lain bantuan.

Bagaimanapun, kurang enam bulan lalu, 113,000 peneroka Felda dinasihatkan dan kemudian bersetuju untuk menjual kepentingan mereka dalam Felda Holdings, pembekal minyak sawit mentah terbesar di dunia kepada Felda Global Ventures – satu langkah merugikan peneroka sebagaimana dikatakan oleh para pengkritik.

Dengan penutupan kolej, Faizoull dikatakan menjejaskan usaha Isa dalam memperkukuhkan kredibiliti institusi.

Sumber mengkredit Isa yang membina reputasi kolej Felda dengan mengadakan perjanjian bersama City & Guilds London pada tahun 2012 untuk menyediakan kursus-kursus pembelajaran Bahasa Inggeris.

Pada bulan November 2013, pengerusi mempertahankan kemasukan Felda ke dalam perniagaan hospitaliti dengan menggunakan program kolej masakan sebagai contoh.

"Felda memiliki lapan hotel di Malaysia. Selain itu, Felda juga mempunyai kolej untuk generasi kedua peneroka Felda  untuk melatih mereka berkenaan perniagaan katering," Isa telah memberitahu The Star.

Namun, dengan ketidaksediaan Faizoull membenarkan Felda menambah RM10 juta untuk meneruskan operasi kolej, sumber berkata bahawa pihak yang akan rugi adalah anak-anak peneroka.


Sumber SINI

KOLEJ FELDA BAKAL DITUTUP ? - MAZLAN ALIMAN

$
0
0
 Kolej Felda dibangunkan untuk memberi peluang anak peneroka dalam bidang vokasional. Ia projek dibawah seliaan Yayasan Felda. Tan Sri Isa Samad adalah Pengerusi Yayasan Felda, manakala Dato' Faizoull Ahmad adalah salah seorang Ahli Lembaganya.

Adalah menghairankan, fokus utama Yayasan Felda terhadap Kebajikan, Latihan&pendidikan dan Kesihatan sejak ditubuhkan pada tahun 1998, dengan visi sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial; bajet terhadap Kolej Felda sekitar RM16 juta setahun di potong hingga tinggal RM5 Juta sahaja!
 Beli hotel, apartment, ladang dan berbagai pelaburan bernilai bilion ringgit dibuat dengan cepat, untuk pendidikan anak peneroka yang jumlahnya begitu kecil pun berkira?

Projek usahasama pendidikan dengan Universiti Lim Kok Wing memakan belanja berkali ganda jika dibandingkan dengan Kolej Felda dan tidak pernah disemak sejauh mana kejayaannya, kenapa Kolej Felda yang cuma ada di Kelana Jaya, Trolak, Mempaga dan Raja Alias mahu di ganggu?

Mana dia pembangunan modal insan yang acapkali di sebut oleh Faizoull Ahmad?
Apa gunanya MOU dengan Kolej West Cheshire& Universiti Chester yang di war2 lanjutan daripada Kolej Felda?
 Perkembangan terkini ini mengingatkan saya pada kertas cadangan penyenaraian FGVH ke BursaMalaysia yang menyebut secara jelas; Felda akan mengurangkan fokus terhadap pembangunan sosial. Hujahnya, FGVH adalah syarikat senaraian awam yang berteraskan perdagangan. Ia bukan lagi terikat kepada perkhidmatan seperti mula2 ditubuhkanl

Saya berpandangan inilah kesan2 yang menjadi malapetaka kepada warga Felda khususnya Anak2 Peneroka yang dahagakan kursus dan latihan kemahiran. Pemotongan bajet terhadap Kolej Felda jika dilaksanakan akan membunuh impian ribuan anak2 peneroka seluruh negara.
 Saya tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Isa Samad dan Faizoul Ahmad. Saya mengharapkan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda minggu depan, bukan memotong bajet untuk Kolej Felda, tetapi peruntukan ditambah sebanyak mungkin. Bukan itu sahaja, perkembangan pendidikan di Felda yang dulunya ada insentif untuk anak2 yang berjaya masuk ke IPTA, peruntukan tuisyen percuma untuk UPSR/ SPM, pembangunan sekolah berasrama penuh Felda, MRSM Felda di Trolak; ditingkatkan pembiayaannya agar lebih ramai yang beroleh manfaat.
Saya amat berharap Isa Samad, Faizoull Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah Felda waras dalam membuat perkiraan dan pertimbangan. Jangan lupa sejarah panjang bagaimana Felda dibangunkan. Kesilapan dalam membuat keputusan, kesannya amat dalam...


'Adakuasa dan pengaruh, biar berjasa. Hidup dikenang orang, diingati khidmat baktinya sepanjang hayat. Jangan dibariskan sebagai petualang dan pengkhianat terhadap bangsanya sendiri ', Nauzubillah.......

KPF BELI 10% SAHAM FGV - PERBINCANGAN MENARIK DALAM JBWF

$
0
0

NAK TANYE LAH JUGAK YE ( cakap Perak lah pulak...sikit2). KPF katenye beli 10% saham FGV. 10% berape banyak nilainye ye?. Saham FGV tu adeenya berape?? ...kire2 kalau ada 20 juta mmaknenye KPF beli 2 juta. Kalau 2 juta dikali (x) harga saham semase berapa jumlah nye. Oooops jangan separuh duit dari harga jual FH beli ke saham FGV ha payeh la ceritenya... Nak tanya lah jugak siapa ler broker nye ye??... BOLEH TANYA KE NI???

Number of shares FGV - 3648.151 juta. 10% dari jumlah itu ialah 364.8151 juta saham @ lebih kurang 365 juta saham. Didarabkan 365 juta dgn rm 4.50 / saham = rm 1642.5 juta .Maka belian 10% saham FGV dianggarkan menelan belanja rm 1.643 billion- tak termasuk brokerage fee- 75% dari pendapatan jualan saham pegangan dalam FH

Kesudahan ceritanya FGV jugak yang untung. Beli saham FH dari KPF dengan harga murah. KPF pulak beli saham FGV balik dengan jumlah separuh harga diberi FGV. Berniaga macam mana ni?? ( ini ke yang dikatakan conflict of intrest...cubatanya Isa, Sabri dan Faizul).

begitulah jadinya bila org2 bengong jadi pengerusi dan alp kpf senang2 je dibodohkan oleh isa samad dan kuncu2nya perwakilan bingai juga satu senang2 je bagi persetujuan penjualan fh kpd fgv. skrng apa dah jadi kpf telah dibodohkan.dlm msyuarat agung khas ada kalangan orng lama nak bagi pnjelasan hoo ramai prwakilan yg booo ha skrng apa dah jadi jawapannya jual saja saham kpf dan simpan dlm tabung haji biarkan saja faizoul dan kuncu2 nya saja yg simpan duit dalam kpf biar padan muka dia he he he

Tc Yee Tahniah perkiraan tuan. Jadi kalau nak 300 juta pendapatan kepada kpf maka setiap saham perlu bayar 84 sen. Boleh hilang akal tu.

En Rosden kalau nak buat Tutup Lubang Gali Lubang tu boleh!! macam2 idea FGV ade.





SEMBANG FB - HALA TUJU KEMANA ALP BAWA KPF ...

$
0
0
UNTUK RENONGAN AHLI DAN ALP KPF

KPF sekarang mempunyai melebihi 2.5 billion wang tunai. KPF adalah hak peneroka dan anak anak peneroka kerana majority saham adalah milik peneroka dan anak anak peneroka sekarang.

1. Ada-kah keangotaan ALP melambangkan kepentingan ahli ahli ini?

2. Ada-kah keputusan pelaburan dalam KPF nanti lebih mementingkan kepentingan ahli atau kepentingan pengurusan FELDA?

Cadangan saya Pengerusi, setiausaha dan bendahari hendaklah bukan dari DG atau pegawai kanan Felda seperti dilantik sekarang. Kerana dikhuatiri berlaku Conflict Of Interest. Undang2 kecil juga menyebut perlantikan pengerusi, setiausaha, hendaklah terdiri dari ALP dilantik. Lagi pun Felda sudah tiada mempunyai apa kepentingan setelah saham FH dijual.

Dan lebih baik lagi satu mesyuarat Khas dibuat melantik semula Pengerusi menggantikan yang ada sekarang. Rujuk undang2 kecik KPF..

Pandangan : ALP dikalangan pengurusan Felda adalah baik kerana ada kesinambungan urusan operasi Felda yg boleh menguntungkan KPF.Ia juga dilihat sebagai satu jaminan kepada kelestarian perjalananan KPF yg memastikan ianya terus utuh memberi keuntungan dan kebaikan kepada ahlinya iaitu warga Felda itu sendiri.FELDA merupakan tunjang kekuatan KPF dlm urusan pelaburan di dlm Felda atau di luar.Branding FELDA itu sendiri telah memberi keyakinan kpd syarikat2 utama negara dan luar negera utk memberi ruang KPF melabur dlm syarikat mereka.Ini kekuatan dan peluang KPF utk terus berdaya saing dan unggul serta terus maju jaya.Perlu melihat " THE SUPPLY CHAIN OF FELDA " barulah kita lebih faham akan keistimewaannya.

KPF dan FELDA merupakan satu SINERGI yg secara berterusan (sustainable ) membawa kebaikan kepada ahlinya. Perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang perlu di bincangkan dlm makmal pelan perniagaan KPF.Pelan ini pula diterangkan kpd ahlinya bagi memberi keyakinan dan kefahaman ttg operasi dan perjalanan pelaburan KPF. THIS IS THE JOURNEY OF KPF.

Saudara Shah Mali.. KPF dulu memang tegak oleh kerana Pengerusinya adalah dari DG2 yang mementingkan pendapatan KPF iaitu ahli. Sebab itu KPF berjaya mendapat saham Felda Holding dengan harga yang cukup rendah atas usaha DG2 terdahulu. TETAPI pengerusi sekarang iaitu DG sekarang memilih langkah yang jauh menyimpang. Mementingkan kedudukan sendiri bukan ahli. Berpuluh tahun usaha Pengerusi2 terdahulu akhirnya KPF terpilih sebagai Koperasi tersohor tetapi dalam sekelip mata pula nama KPF tercalar oleh kerana pimpinan yang salah. Dimana dikatakan ada kesinambungan nya kalau yang memutuskan nya adalah DG Felda sendiri iaitu Pengerusi KPF. Dulu KPF beli saham Felda Holding dengan harga yang cukup murah dan membawa pulangan yang cukup tinggi. Hari ini KPF terpaksa membeli saham FGV dengan harga yang tinggi tetapi pulangan nya??.

Felda Holding dahulu pun, mempunyai niat untuk membantu KPF sebab itu harga ditawarkan kepada KPF hanya sebagai token saja. Tetapi dengan FGV ni niatnya berniaga sebab itu membeli saham FH dlm KPF dengan harga yang murah. Disini pun kita sudah nampak kepincangan Kepimpinan KPF...maaf

Perkara ini perlu di lihat secara faktanya..Persoalannya adakah faktanya begitu...siapakah yg boleh mengesahkan secara tektitalnya mcm yg diutarakan oleh Sdr. Shaharudin dari sudut ekonomi dan legalnya..Adakah yg diutarakan merupakan fakta yg sebenar atau pun satu perseption dan tanggapan dari ediologi pemikiran motifan.

Kiikikikikikiki .... Setelah pegangan kpf terhadap felda holding dilacurkan kepada FGV masih ada lagi org umno yg bermimpi felda holding masih mendatangkan keuntungan kepada kpf.... Cerita dongeng itu dicanang untuk menunjukkan kebebalan akal mereka sendiri ... Kikikiiki... Dah khianat harta peneroka masih lagi nak jadik peneraju kpf ?? Tak tahu malu ke ?

Kpf tertubuh sekitar tahun 78/79 atau seawal 1980..tertubuhnya sebagai penyokong aktiviti felda holding.pelabur utama staff felda dan sebahagian peneroka sahaja . Setelah kpf menunjukkan prestasi dividen yg baik bilangan pelaburan kian bertambah.bantuan kerajaan turut menambah jumlah pelaburan melalui agihan 2000 boleh tun ghafar( almarhum).jumlah pelabur kian bertambah apabila 2nd generation turut melabur.saya pernah bersama penyelia peneroka berkempen supaya peneroka melabur dlm kpf seawal penubuhannya.,
Bukan mudah mengajak peneroka melabur ketika itu.akhirnya kpf berkembang bersama fhb.


Baca balik perjanjian peneroka masuk felda .. Segala kos operasi gaji kakitangan kilang dan pejabat felda di potong dari pendapatan peneroka dan akhirnya felda diswastakan mengikut dasar penswastaan tun mahathir kpf laa satu satunya entiti yg mewakili peneroka sebagai badan yg memegang amanah pemilikan peneroka terhadap felda holding ... Merupakan satu pengkhianatan besar apabila harta kebanggaan peneroka kini dilacurkan oleh pemimpin pemimpin umno yg menerajui felda ....

CEO KPF dipetibekukan?

$
0
0

Sidang Media ANAK tengahari ini mendedahkan maklumat dalaman, antaranya; CEO Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd(KPF) Mazlan Talib dipetibekukan dari jawatannya. Mazlan mengetahuinya sekembalinya dari menunaikan umrah 30 dis lalu. Lembaga Pengarah KPF membuat keputusan pada 27 dis lalu. Alasan 'penyingkiran' tidak diketahui, namun ada kaitan dengan usaha pembersihan saki baki dari kumpulan bekas Pengarah Besar Felda, Dato' Dzulkifli Abd Wahab. Puan Sakinah Salleh, Timbalan CEO KPF, memangku jawatan CEO KPF pada waktu ini.

Mazlan Talib adalah seorang pegawai kanan yang dedikasi dan berkhidmat dengan cemerlang sehingga KPF muncul koperasi terbaik di Malaysia. Siapakah lagi mangsa balas dendam selepas ini?

Maklumat terkini juga melaporkan bahawa Pengarah Besar Felda, Dato' Faizoull Ahmad telah meluluskan sumbangan kepada Kelab Felda United sebanyak RM 1 juta baru2 ini. Sumbangan menggunakan dana KPF ini sangat diragui atas kedudukan Faizoull sebagai Presiden Felda United. Bukan sahaja conflict of interest, tetapi kewajaran sebuah koperasi memberi peruntukan dalam jumlah yang terlalu besar.ANAK menyokong pembangunan sukan di Felda, tapi salahguna wang koperasi adalah sangat dikesalkan. Sewajarnya, FGVH yang menyelia dan menaja Kelab Felda United.

Sidang Media juga melaporkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membayar saguhati dari perolehan 51% ekuiti KPF dalam Felda Holding ke dalam FGVH. Pengerusi dan Lembaga Pengarah KPF memperolehi RM40 ribu, manakala bekas Lembaga Pengarah KPF antara RM 15-25 ribu.

Apa yang menimbulkan tandatanya, Dato' Faizoull baru mempengerusikan KPF tidak sampai 6 bulan, bagaimana nilaian saguhati yang begitu tinggi di bayar kepada beliau.

Nampaknya para pemimpin tertinggi Felda dan FGVH sedang berjoli harta para peneroka. Peneroka dan Gen 2 dapat apa????

Kutub Menyongsang Pada 2015 Malaysia akan diliputi salji ?

$
0
0
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnamturut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberiauntuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.
Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala Indiamenjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medankutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medanmagnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.’
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.
ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


Sumber SINI

DELIMA RAJA URAT TIDAK BERDAFTAR

$
0
0

1. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama DELIMA RAJA URAT.

PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN

2. Sampel produk tersebut telah diperolehi melalui laporan kesan advers yang diterima oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK dan hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati produk ini mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label pada produk tersebut menyatakan bahawa produk tersebut digunakan untuk sakit urat, sakit pinggang, lenguh sendi tulang, sakit lutut, kebas kaki tangan, gout, lemah tenaga dan letih lesu.

3. BPFK telah menerima sebanyak dua (2) laporan kesan advers yang melibatkan produk Delima Raja Urat. Kesan-kesan advers yang dilaporkan ialah urticaria, vasculitic rash dan Addisonian crisis.

PERIHAL BAHAN RACUN

4. Dexamethasone adalah agen anti radang yang poten dan biasa digunakan dalam rawatan alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

5. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. Pesakit juga boleh mengalami ‘Cushing’s syndrome’ yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

6. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

7. Orang awam yang sedang menggunakan produk Delima Raja Urat adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari profesional kesihatan. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual pada harga tidak munasabah dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

8. Pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) adalah berisiko tinggi dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk tidak berdaftar seperti ini yang berkemungkinan dicampurpalsu dengan bahan terlarang kortikosteroid kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.

9. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.

10. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.





Dato’ Eisah A. Rahman
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=52&action=view&retrieveid=348#sthash.54kG0xv5.dpuf

ISU PENGERANG BELUM BERAKHIR LAGI

$
0
0
 
ISU PENGERANG KEMBALI PANAS....

Belum pun reda insiden simbah asid ke atas bas yang membawa 30 orang penduduk Pengerang di depan Menara cyberport JB jam 11 pagi tadi, berlaku pula kekecohan di di tapak Perkuburan Cina Sg Kapal sekitar jam 1.30 tengahari tadi.

Ia ekoran kehadiran beberapa wakil pemaju yang ada kaitan dengan projek RAPID Pengerang membuat aktiviti menanda dan menyemak jumlah kubur di situ. Hampir 100 orang penduduk dipercayai mengepung wakil pemaju dan mengusir mereka keluar. Mujur ada anggota polis yang mententeramkan keadaan.

Tindakan wakil pemaju yang menceroboh kawasan perkuburan ada kaitan dengan notis memindah kubur oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi yang dibantah oleh penduduk.

Isu pemindahan kubur, pengambilan tanah penduduk, masadepan persekolahan anak2 dan penempatan baru menjadi panas mutakhir ini. Ia harus diredakan dengan semua pihak terbabit seperti kerajaan negeri, dialog group, petronas, ngo dan penduduk pengerang kembali ke meja rundingan.

Dari awal lagi pendirian PAS, projek RAPID mestilah dibuat atas tanah kerajaan. Kedegilan kerajaan yang bertegas mahu meneruskan projek di kawasan penempatan penduduk telah membawa padah.

P/s mengiringi penduduk membuat laporan polis di Balai polis Pengerang. Turut hadir Cik Anis Afida Azli, beberapa aktivis Ngo Pengerang seperti Sdr Ah Cye dan Zakba. Kebetulan, OCPD Kota Tinggi dan beberapa pegawai kanan polis Kota Tinggi hadir sama membuat pemantauan. Usaha pihak Polis mengawal keadaan sangat dihargai
 
.
Premis simpanan boat di bakar?

Sekitar jam 1.30 tengahari semalam, premis simpanan boat berhampiran Kg Sg Kapal Pengerang pula dipercayai di bakar. Penyelia premis, sdr Ah Hock menceritakan kepada saya bagaimana ada usaha khianat terhadapnya. Beliau yang juga aktivis Pengerang menyerahkan kepada pihak Polis untuk buat siasatan.

7 buah boat dan 15 acuan musnah sama sekali. Kerugian hampir sejuta ringgit.

Saya bersama Anis Afida Azli dan rakan2 Ngo Pengerang melawat premis tersebut jam 6.30 petang semalam. Kebetulan Unit Forensik Bomba sedang membuat pemeriksaan kawasan.

Apa pun, kita serah kepada kewibawaan pihak polis untuk buat siasatan dan tindakan selanjutnya. Sepertimana kata OCPD Kota Tinggi, semua pihak bertanggungjawab memelihara keamanan. Cari jalan penyelesaian untuk kebaikan semua


Tambah kapsyen
 Bas yang bawa 30 orang penduduk Pengerang disimbah asid sekitar jam 11.10 pagi tadi di kawasan parkir dekat Menara MSC Cyberport JB. Suspek seramai 4 orang menaiki Hilux membaling asid dan disaksikan beberapa penumpang. Seorang penumpang, Ah Seng dan driver bas telah buat laporan polis di Balai Polis Central JB.

Ia dipercayai ada kena mengena dengan tindakan 15 orang penduduk cina Pengerang yang memfailkan permohonan semakan kehakiman notis mengalih dan memindahkan perkuburan Cina Pengerang oleh Pihak Pentadbir Tanah. Mereka mewakili keluarga yang telah meninggal dunia, dimana kubur tersebut mahu dipindahkan dalam tempoh selewat2nya mac ini.

Saya bagi pihak Jawatankuasa mempertahankan tanah Pengerang(MANTAP) berasa amat kesal dengan insiden yang cuba menakut2kan penduduk. Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap rakyat dijamin di bawah fasal 10 Perlembagaan atas nama kebebasan bersuara, berkumpul dan berpesatuan. Hak mereka ke mahkamah tidak seharusnya di sabotaj dengan tujuan jahat dan menimbulkan kebimbangan kepada rakyat.

MANTAP kekal berpendirian samada Tanah Perkuburan Islam atau bukan Islam tidak harus dipindahkan. Ia sepatutnya kekal di tempat asal. Ia selari dengan pandangan sebelum ini bahawa pembangunan projek RAPID Pengerang hendaklah dibuat atas tanah kerajaan tanpa mengorbankan penempatan penduduk.

MANTAP mendesak polis membuat siasatan segera dan tindakan yang sewajarnya.

MAZLAN ALIMAN
Timbalan Pengerusi MANTAP

Tuan Guru Haji Harun Taib telah kembali ke rahmatullah

$
0
0
MAKLUMAT RASMI :
Tuan Guru Haji Harun Taib telah kembali ke rahmatullah jam 12.00 am tadi..Perginya seorang Murabbi perjuangan Islam.
Inalillah..semoga Aruah mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah swt. Amin
 Innalillahiwainnailaihiroji'un..
Al-Fatihah..

بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيْم ۞ أَلحَمدُ لِلّه رَبِّ العَالَمِين ۞ ألرَّحمَنِ الرَّحِيم ۞ ملِكِ يَوْمِ الدِين ۞ إيّاكَ نَعبُدُ وَ إيّاكَ نَستعِين ۞ إهدِنَا الصِّرَاط المُستَقِيم ۞ صِرَاطَ الَذِينَ أنعَمتَ عَليْهِمَ، غَيْرِالمَغضُوبِ عَليْهِم وَلاَالضَّالِّين ۞ أمِين

SURAT LETAK JAWATAN LEE

BIARLAH HIDUP KITA KERANA ALLAH

$
0
0
Biarlah hidup kita,
Tetapkan akidah ...kita percaya sepenuhnya Al-Quran dan Hadis 100% ,tidak ada walau pun satu ayat kita menolaknya , jangan sesekali kita hina sunnah Nabi.. 
 Biarlah kita hidup,
Islam itu duduk di hadapan  daripada yang lainya ,apabila islam didepan tak secara langsung Allah adalah matlamat  dan sandaran kita. Segalanya kerana Allah ..
Apabila mencari duit kerana nak membayar bulanan  kereta , kita ubah niat kita mencari duit kerana Allah maka keduanya kita dapat.
 Biarlah hidup kita,
Adaniat untuk menegakkan Agama Allah walau pun dengan kaedah yang berlainan ,cara yang berlainan ,rumusanya islam itu tertegak dibumi Allah ini.
Biarlah hidup kita
Berusaha mencari pemimpin yang sentiasa menyebut Allah di bibirnya , Pemimpin yang jujur ,pemimpin yang membawa keberkatan dan kemakmuran Negara.

Biarlah hidup kita
Rasa gembira apabila pemimpin yang bukan islam meletakkan jawatan lalu digantikan pemimpin yang sentiasa menyebut kalimah Allah.
Usah bicara untung atau rugi dalam menegakkan agama Allah,kerana Allah yang memberi rezeki kita ..lalu Allah akan melipatgandakan rezeki kita dengan niat kita keranaNya.

Biarlah hidup kita

Segala-galanya kerana Allah.

POLITIK PR ISU KAJANG

$
0
0

PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.

BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.

Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.

PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri.

Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.

Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka

Ini Penjelasan Dari YB Rafizi dan YB Khalid Samad - KAJANG

$
0
0
Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

"Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi.

"Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya.

Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj.

"Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.

Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum.

Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri.

Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku.

"Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya.

Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak.

"Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti.

"Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya. ~tmi

 http://addin77.blogspot.com/2014/01/patutlah-anwar-bersungguh-sungguh-nak.html



PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.

"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.

PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.

Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.

Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor.

 http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2014/01/penjelasan-rafizi-elok-dimengerti.html
Viewing all 362 articles
Browse latest View live