Quantcast
Channel: Gaya Peneroka
Viewing all 362 articles
Browse latest View live

Cerita dari Felda Teloi Kanan

$
0
0
Cerita dari Felda Teloi Kanan yang saya jumpa di FaceBook ,menarik untuk kita fikir bersama

 
Kebanyakan generasi pertama sudah kian meninggalkan kita.namun generasi yg kedua juga ada antaranyan yang turutr serta menemui Allah terlebih dahulu.Suasana kkampong halaman kita semakin sunyi ada kalanya.takk seperti hari hari yang telah lalu.Buata masa sekarang.Penduduk semakin kurang mata pencarian mereka.dewasa ini pokok getah yg sedang di tebang saban hari.insyaallah.rezeki Allah tetap ada.Beberapa kejadian anak anak dan keluarga peneroka yang berebut harta dan hasil.terutama hasil dari penjualan kayu getah.desas desus berkaitran pembahagian wang saguhati FGVSB masih lagi tergial gial.Isu berkaitan wang saguhati dari felda yg juga di salah guna oleh pewaris.wang yg sepatut untuk tujuan kebajikan ibu bapa kita di bahagi bahagikan di antara anak anak.sepatutnya wang itu di habiskan untuk sedekah aruah ibu bapa kita.

Peneroka FELDA boleh dapatkan bantuan RISDA. Pengurusan FELDA minta peneroka serahkan Tanah Ladang Peringkat I yg pokok sudah tua yg perlu ditebang dan pembersiahn tanah utk tanaman semula kepada FELDA.

Maka peneroka pun serahkan kepada FELDA. Pihak pengurusan FELDA pula serahkan urusan kepada anak syarikat FELDA Technoplant Sdn Bhd. Setelah mendapat projek tersebut FELDA Technoplnat pula serahkan kepada 'sub-contractor' lantikan utk menjalankan projek tersebut. Pastinya peningkatan kos berlaku.

Bila pokok ditebang, lot tanah dibiarkan terlalu lama tanpa tindakan maka tumbuhlah semak samun. Kos makin tinggi untuk pembersihan semula. Janji anak getah mula sampai untuk ditanam semula hanya tinggal janji. Apa pun tak buat lagi hingga ke hari ini. Peningkatan kos berlaku kali kedua.

Macam mana dengan bantuan RISDA? Boleh kah peneroka dapatkannya jika segala urusan peneroka yang laksanakan sendiri sehingga pokok ditanam? Adakah pihak FELDA dah dapatkan semua bantuan tersebut dari RISDA? ......... Mohon pencerahan.
FELDA TELOI KANAN – 25 JAN 2014: Pokok getah tua tanah lot 6 ekar dah ditebang. Tanah naik semak samun rang semula.Kos nak buang semak makin meningkat lagilah. terkini, Pengurus FELDA Teloi Kanan minta peneroka tandatangani Borang Kelulusan Sewa Tanah Utk Tanaman Kontan (Tembikai) yang akan diserahkan kepada suatu syarikat. Apa yang membuatkan kita terkejut adalah kadar sewa RM800 setahun untuk 6 ekar!!!!!!!
Cuba tuan-tuan & puan-puan lihat fakta berikut. masuk akal kah?
i. Keluasan Tanah : 6 ekar
ii. Sewa : RM800 setahun
iii. Setahun : 365 hari
iv. Kadar sewa sehari : RM2.20 (RM800 bahagi 365 hari)
(6 ekar)

v. Kadar sewa sehari : 35 sen (RM2.20 bahagi 6 ekar)
(1 ekar)
Tanah FELDA Teloi Kanan adalah yang paling murah disewa didunia ini. Tahniah. Hebat sungguh apa yang berlaku.....hebat, memang hebat. Siapa yang hebat? Jom kita bincang.
Dengar cerita najib nak turun ke felda teloi timur rasmi jalan baru ke sik.... betoi ke

Jangan tanda tangan apa - apa dokemen yang melibatkan tanah Felda T.Kanan...terutama tanaman kontan....jika tembikai ditanan ...tumbesaran pokok getah akan terbantut...kulit pokok jadi kering...apa bila sampai masa boleh menoreh ..pokok tiada susu...tanah yang tanam dengan Tembikai akan jadi mati tidak subur...sebab penggunaan bahan kimia sepanjang proses tanaman Tembikai...tuan-tuan tanah jangan terpenggaruh dengan RM 800.00 setahun ...( Baca tulisan sdr kita Fadil ) sewa tanah Peneroka...yang diwar-warkan oleh Pengurus Felda dan kerjasama JKKR.....pengalaman peringkat 2 ..tanah 2 ekar yang mana terlibat dengan tanaman tembikai ...pokok tiada bersusu sampai sekarang....Tuan-tuan tanah ...tanah hak kita.......Tepuk Dada Tanya Selera...


MASIH ADA YANG MISKIN DIFELDA

$
0
0


Kota Tinggi: “Setiap kali angin kencang atau ribut melanda, saya takut atap zink serta dinding rumah menghempap kami sekeluarga,” kata orang kelainan upaya (OKU) Fadhillah Mohd Ali, 45, ketika ditemui di kediamannya di FELDA Sungai Sibol di sini, semalam.
Menurut Fadhillah, ketakutannya bertambah jika angin kencang atau ribut melanda ketika ketiadaan suami, Ramlan Hassan, 46, dan anak, Puteri Raihanah, enam tahun, di rumah memandangkan pergerakannya terhad kerana kedua matanya kabur.
“Jika ribut atau angin kencang melanda, jiran yang saya anggap sebagai ibu angkat menjerit menyuruh saya menyelamatkan diri.

“Jika Puteri Raihanah ada di rumah, jiran datang membawa dia serta saya ke rumahnya untuk berteduh buat sementara,” katanya.

Ramlan bertugas sebagai mandur untuk kerja mencari serta memotong kayu dengan pendapatan RM750 sebulan manakala Fadhillah menerima bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta RM300 sebulan daripada Baitulmal.

Menurut Fadhillah, akibat kedaifan hidup, mereka sekeluarga sering dicerca menyebabkan Puteri Raihanah kerap menangis dan memencilkan diri.

Katanya, anaknya itu menangis apabila menceritakan perihal rakannya yang mengejek rumah mereka buruk.

“Ada yang membaling batu ke rumah kami menjadikan kami semakin sedih. Sejak setahun lalu, Puteri Raihanah hanya berkurung di dalam rumah selepas pulang dari sekolah dan tidak keluar bermain dengan rakannya.

“Jika Puteri Raihanah tahu angin kencang atau ribut melanda, dia enggan masuk ke dalam rumah walaupun puas dipujuk,” katanya.

Menurut Fadhillah, dia dan suami pernah memohon bantuan daripada pihak berkaitan untuk membaiki rumah mereka namun statusnya masih samar walaupun dimaklumkan permohonan sudah diluluskan pada tahun lalu.

“Saya dan suami pernah memohon untuk bantuan pinjaman membaiki rumah dan diberitahu permohonan sudah lulus, tetapi sehingga sekarang masih tiada perkembangan,” katanya.

“Ada pemimpin datang ke sini untuk meninjau keadaan rumah selepas ribut melanda kampung kami namun hanya zink yang diterbangkan ribut saja diganti baru,” katanya.

Fadhillah turut mengemukakan surat peringatan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke rumah itu yang tertunggak lebih RM800.

Selain cacat fizikal sejak lahir, dia juga menghidap darah tinggi manakala kedua-dua matanya sudah kabur dan doktor menasihatinya supaya melakukan pembedahan membuang selaput mata, namun tiada wang.

“Perbelanjaan perubatan saya RM200 sebulan tidak termasuk ubat untuk penyakit asma anak,” katanya.

Menurut Fadhillah, ketika tidak bekerja, suaminya mencari barangan terbuang seperti tin minuman selain menjual pisang nipah serta kelapa tua yang ditanam di belakang rumah untuk menampung pendapatan keluarga.

Sementara itu, derita tiga beranak berkenaan mendapat perhatian pasar raya Econsave yang bermurah hati menyumbang baucar barangan keperluan harian bernilai RM1,000.

Pengurus Operasi Econsave Bahagian Selatan Mas Imran Ahmad berkata, pihaknya simpati dengan nasib menimpa pasangan berkenaan selain sudi memberi peluang pekerjaan kepada Ramlan jika berminat.

Sumber SINI

Cerita dari FB Isu tanam semula di Serting hilir 5..Jempol.

$
0
0
Patek Desa Patek
sedikit pencerahan
mula tebang bulan 6 2012, skrg dah bulan feb 2014
masih lum ada perkembangan yg boleh dibanggakan, pagar belum siap, tembikai dah pun keluarkan hasil, anak benih sawit pun dh habis.
tanya hujan hujan tanya bangau tanya pokok tanyalah angin.
isk2


Md Isa Karim Jawatan kuasa tanam semula dah ada kebelum?

dah ada..dh bermesyuarat tp inilah jawapan yg masih ada..kerana nk kejar bantuan MPOB..kalau tak biarlah ianya tumbang sendiri..he..he

pn Asmah Mahfoz..kalau boleh biar persediaan yg mencukupi baru boleh tebang..nih nmpak yg 'berkuasa' masih belum bersedia

Maksud PDP tebang sawit diawalkan?kalau tebang 2013 bantuan MPOB x dapat?

begitulah maksudnya tn Md Isa Karim..itu bagi genre sawit ker sawit..ditangguhkan kerana hasil masih ada ketika itu..kalau laa cepat bermakna lagi lama lah ladang ini terus terbiar...bagi genre getah ke sawit ianya sudah ditebang sejak 2012....

Apa maksud benih sawit dah habis,benih dah x ada ditapak semaian besar?program sebenar tanam semula rancangan PDP bila? PDP ada sebut penangguhan tebang sawit?keputusan jawatan kuasa tanam semula?

PDP adalah salah seorang jwatankuasa tanam semula. sbenarnya pengurusan FTB sentiasa berubah sekejab dibawah pengurusan sana..kejab berubah pengurusan baru..didalam setiap mesyuarat jawatankuasa ahli hanya menerima penerangan tentang perkembangan straking, lining..itu sahaja..sepatutnya FTP telah bersedia sebaik mungkin..jgn lah biarkan peneroka bersuara..x best..


Pokok getah dah hampir 2 tahun ditebang..pokok getah yang nak ganti pokok sawi sepokok pun belum ditanambenih sawit yg ada telah habis dijual ke felda berhampiran..apo nak dikato..!

Dan paling malang sekali koop x diberi kerja penanaman semula..kerja awal buat pagar telah diserah kpd individu luar..apo nak dikato..!

Penjualan pokok getah x melalui koop..tebang pokok sawit x melalui koop..mungkin program tanam semula pun mungkin x melalui koop...lopeh ni alp bolih rehat kat umah main ngan cucu..apo nak dikato..!

Perkara ini terjadi mungkin pihak pengurusan dan pihak JK Tanam Semula tak dapat mencari mekanisma yg terbaik bagi meleraikan kemelut ini. Ada jenis pengurus yg mencari kesempatan untuk diri sendiri serta dibantu oleh JKKR, bila ini terjadi JK Tanam Semula akan menghadapi masaalah.

Kalau betul cara pengurusannya t.semula dng felda lagi senang tetapi org yg dipertanggungjawabkan dlm pengurusan hendaklah melaksanakan dengan jujur dan iklas, jangan ambil kesempatan untuk mengisi poket sendiri, fikirkan kepentingan bersama maka saya rasa In sha allah boleh dilaksanakan dengan baiknya.



Koperasi peneroka?...maaflah pengalaman saya koperasi peneroka yg byk buat progam tanam semula bermasalah ( dbawah urustadbir teknoplant)....koperasi bukan ada buruh pun, mesin pun guna cha ya nun alif jadi subkontraktor....penah tu koperasi janji kerja mula esok tapi bila esok tanya jawab esok lg mula, gitula jawapan dia sampai hampir sebulan setengah baru kerja betul2 bermula....tapi yg x reti buat kerja TETAPLAH pengurus kan....Koperasi kerja bagus.....

Koba eh kawasan pengerusi felda hanya satu di dunia,kawasan sondiri pon tak terjago,tibo2 nak
terkonal kek dunio..hahaha
Tapi takkanlah Tan Sri Isa Samad ada jaga kawasan yang tak terurus macam ni


aik dah 2 tahun tebang belum ditanam lagi...ini masaalah perancangan tak betul...

masalah atau tidak,pinjaman sara hidup dah sampai dua tahun.hutang botingkek-tingkek

aritu ado org koba,ramai peneroka tanam sondiri,ladang eh bermasaalah....
Sorahkan jo kek felda,kito tak mampu nak tanam sendiri.
Tapi bilo sorah kek felda,dalam kawasan pengerusi felda lg,camnilah jadi eh

Yang bagusnya lantik anak peneroka yang ada pengalaman dalam kerja2 tanam semula..yang berkerja dengan syarikat perladangan swasta sebagai Ajk tanam semula...

kebanyakkannya kontraktor tanam semula ini ditawarkan kepada koperasi sesuatu rancangan dan dibelakangnya adalah kontraktor yg sama shj yg membuat tanam semula dibeberapa buah rancangan maka tidak mustahil progres kerja akan menjadi lambat disebabkan jentera2 akan dipindah2kan tanpa pengetahuan pengurusan dan pekerja pun begitu juga..persoalannya, siapakah yg patut disalahkan?

di malaysia ni banyak kontraktor2 yg berpengalaman tetapi mengapa hanya 2 3 org kontraktor jer yg menopoli koperasi rancangan! tepuk dada tanya selera apa yg hendak dimakan...

Pengurus hari2 kempen tanam semula ikut felda..ingat kan felda terbaik didunia..rupa2nya lagi teruk hampir 2 tahun tebang tapi hingga skrg sepokok sawit x tanam lagi..sara hidup dah ambil dekat 2 tahun..jawapnya nanggung hutang jer lah..!

Bila kontraktor gagal menyiapkan kerja ..tiada apa tindakan yang diambil..kerana kop yang pilih kontraktor tu...yang lebih malang lagi dalam agrmant ..tak disebut apa2 tangungan keatas kontraktor sekiranya kerja2 tidak disiapkan mengikut jadual ...

Adohhhhh! kalau dah 2 tahun tebang pokok masih belum ditanam ini memang masaalah besar. Kalau macam tu pakat ramai2 pergi jumpa isa samad. Katakan jangan pandang Glovalisasi saja pandang kepada kami peneroka ni. Nak maju seluruh dunia konon tempat sendiri pun bermasaalah Apo nak Jadi no!.

Kalau di Pahang, kerja utama yg dibuat ialah membersihkan kawasan untuk tapak nursery, selepas tu barulah menebang dan meracik pokok kelapa sawit, bila kerja tersebut siap dilaksanakan maka anak sawit dinursery telah boleh ditanam. ini bermaksa dlm masa 15 bulan anak sawit telah mula ditanam dikawasan ladang.

Kalau ftp gagal menyiapkan kerja mengikut jadual...ada tak peruntukan dibawah undang2 yang membolehkan tindakan diambil?


KH..benih sawit yg ada kat tapak nursery pun telah habis diambil olih rancangan yg berhampiran..skrg kalau nak tanam kena ambil kat nursery rancangan lain pulak yg lagi jauh tempatnya.

Serting hilir 5..jempol.

Apa yg sy tahu....ftp diserahkan utk jlnkan kerja tanam semula di felda ni pd bulan okt 2013 dan pengurus dan staff mula masuk pd petengahan nov 2013...dr sini ftp cuma br lebih kurang 4 bulan di situ....tapi Tetap saja pengurus dan ftp x reti buat kerja kan....

Sekarang baru peringkat kontrek buat hal, akan datang pegawai pula buat hal ( penyelewangan hasil peneroka ) bukan tuduhan tapi dah berlaku "kawasan rahsia"

Bulan jun ni genap 2 tahun peneroka ambil sara hidup...saya pun x faham sistem felda..kalau x bersedia untuk tanam semula kenapa dikeluarkan tender untuk tebang dan tanam semula...

ELYSIUM MAN..mohon pencerahan dimana silapnya..nursery dah ok..pokok getah dah ditebang..umur benih dah menjangkau 1tahun 5 bulan..saya x salahkan pihak nursery menjual pd rancangan lain..tetapi kenapa stg hilir 5 masih x tanam benih sawit tu..sahingga lah benih sawit habis dijual..persediaan tanam semula dah ada..cuma gagal dlm pelaksanaan..!

Yg saya tahu ftp baru 3-4 bulan sahaja di sana ... x adil utk katakan ftp gagal dlm perlaksanaan tanam semula...pengeluaran kayu getah berapa lama pulak? Dan pengeluaran kayu getah tu dibwh ftp atau felda? Maklumat ni sy tak tahu....kalau memang ftp bertanggungjawab dr mula , sy leh mengaku ftp gagal .....setakat itu shj yg boleh bg pencerahan
lM � M o Xe� �� la kontraktor gagal menyiapkan kerja ..tiada apa tindakan yang diambil..kerana kop yang pilih kontraktor tu...yang lebih malang lagi dalam agrmant ..tak disebut apa2 tangungan keatas kontraktor sekiranya kerja2 tidak disiapkan mengikut jadual ...

Adohhhhh! kalau dah 2 tahun tebang pokok masih belum ditanam ini memang masaalah besar. Kalau macam tu pakat ramai2 pergi jumpa isa samad. Katakan jangan pandang Glovalisasi saja pandang kepada kami peneroka ni. Nak maju seluruh dunia konon tempat sendiri pun bermasaalah Apo nak Jadi no!.

Kalau di Pahang, kerja utama yg dibuat ialah membersihkan kawasan untuk tapak nursery, selepas tu barulah menebang dan meracik pokok kelapa sawit, bila kerja tersebut siap dilaksanakan maka anak sawit dinursery telah boleh ditanam. ini bermaksa dlm masa 15 bulan anak sawit telah mula ditanam dikawasan ladang.

Kalau ftp gagal menyiapkan kerja mengikut jadual...ada tak peruntukan dibawah undang2 yang membolehkan tindakan diambil?



yg diketahui, penjualan kayu getah diuruskan oleh felda sendiri dan setelah habis baru diserahkan kepada ftp..tapi yg menjadi masalahnya adalah : penebangan pokok getah mengambil masa terlalu lama..oleh itu pentadbiran rancangan perlu memokuskan perkara ini..

 Pokok banyak lagi keluarkan hasil, dia suruh tebang,kita tebanglah.Tapi bila tebang,tebang pon tak habis lagi walaupun dah hampir 2 tahun,lagi lambatlah dapat hasil,hutang pinjaman sara hidup pon makin meningkat.
Jangan sampai peneroka bawa meja rundingan ke mahkamah lagi ye.

Kalau perlu sila bawa kemahkamah, jangan kita tunggu lagi, ini masa depan kita.


PANDANGAN IKHLAS SUBKY LATIF MENGAPA BELIAU TIDAK MAU BERBALAH DENGAN DSAI .

$
0
0

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu.

Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?

Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.

Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.

Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.

Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.

Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.

Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita.

Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.

Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.

Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri.

Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.

Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.

Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.

Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.

Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.

Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.

Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.

Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.

Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.

Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.

Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.

Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.

Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.

Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.

Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.



Islam DiUtama Negara Sejahtera Umat Sentosa Khutbah Terkini

$
0
0
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 152 – 153 surah al-Baqarah :
فَاذْكُرُ‌ونِي أَذْكُرْ‌كُمْ وَاشْكُرُ‌وا لِي وَلَا تَكْفُرُ‌ونِ ﴿١٥٢ ﴾يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ‌ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿١٥٣ ﴾
Maksudnya :Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi syariatKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Seruan taqwa kepada Allah sentiasa berkumandang dalam mengingatkan kita semua agar tidak tergelincir daripada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah samada dari sudut Aqidah, Syariat, Mua’malat dan akhlak. Melalui ibadat khusus umpama solat 5 waktu paling kurang kita akan mengucap secara berulangkali kalimah “Allahu Akbar” yang bererti Allah Maha Besar. Antara hikmat sebutan yang diulang-ulang ini bagi memastikan ia benar-benar meresap ke dalam sanubari kita bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Besar sedangkan makhluk yang lain serba kekurangan dan kelemahan yang tidak mampu mendatangkan sebarang manfaat atau mudharat kepada kita. Bila perasaan takut kepada Allah hilang maka kita pasti akan takut sesama makhluk.Ucapan kalimah “Allahu Akbar” secara berulangkali juga mendidik jiwa kita supaya sentiasa mengingati Allah bukan sahaja dalam solat malah di luar solat kerana hanya dengan mengingati Allah sahaja hati kita menjadi tenang serta dapat mencegah kita daripada melakukan penderhakaan maksiat terhadap Allah samada dalam keadaan terang-terangan atau sembunyi.
Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra’adu :
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨ ﴾
Maksudnya :”(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 212 surah al-Baqarah :
زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُ‌وا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُ‌ونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا ۘ وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَاللَّـهُ يَرْ‌زُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ‌ حِسَابٍ
Maksudnya :Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira
Bila kita semua telah menjadi umat Islam yang sentiasa menjaga solat maka sepatutnya telah terhakis daripada diri kita sikap terlalu membesarkan kehidupan dunia dengan mengecilkan masalah bekalan akhirat.Apabila dunia menjadi matlamat sehingga persiapan untuk menuju ke akhirat tempat balasan Syurga dan Neraka dipandang remeh temeh menyebabkan kita menjadi umat yang rugi dan menyesal yang tidak berguna lagi.Sebelum kita hanyut lebih jauh maka tanyalah diri kita tentang tujuan utama kita dilahirkan di dunia ini.Jika sekadar untuk makan maka binatang pun makan juga.Jika untuk sekadar mencari rezeki maka binatang pun pandai cari rezeki seumpama burung yang terbang jauh pada pagi hari dengan perut yang kosong tetapi bila pulang petang penuh dengan makanan.Oleh itu ingatlah kembali tujuan kita lahir ke dunia untuk beribadat sebagai hamba Allah.
Renungi kepada maksud suatu hadis hasan sohih yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi di manaDunia ini hanya untuk 4 jenis manusia.[1], orang yang Allah SWT beri rezeki dalam bentuk harta dan ilmu pengetahuan, kemudian dia bertakwa kepada Tuhan, merapatkan hubungan tali kekeluargaan dan tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, itu adalah tingkatan manusia yang paling utama.
[2], orang yang diberi Allah SWT ilmu pengetahuan tetapi tidak diberi harta, dan dia menyimpan niat yang benar, dan dia berkata: Jika saya mempunyai harta, saya lakukan kebaikan seperti yang dilakukan oleh si fulan. Disebabkan niatnya yang benar itu, dia diberi pahala yang sama banyak dengan pahala orang yang dijadikan contoh olehnya.[3], orang yang diberi harta oleh Allah SWT tetapi tidak diberi ilmu pengetahuan, kemudian dia menggunakan hartanya untuk perkara yang tidak diketahuinya, dan dia tidak pula bertakwa kepada Tuhannya, dan dia tidak suka merapatkan hubungan tali kekeluargaan, bahkan dia juga tidak tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, orang begini berada dalam kedudukan paling buruk.
[4], orang yang tidak diberi harta atau ilmu pengetahuan, dan dia berkata: Andai kata saya mempunyai harta, saya melakukan perkara buruk macam si fulan. Disebabkan niat buruknya itu, dia diberi dosa yang sama banyak dengan dosa orang yang dijadikan contoh.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Selain disuruh sentiasa menyebut dan mengingati Allahmaka kita juga dituntut supaya banyak berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan mengikuti jejak langkah baginda dalam setiap aspek kehidupan.Amalan selawat dan ingat kepada nabi bukan hanya bermusim seperti pada bulan Rabiul Awwal sahaja malah sepanjang masa. Imam al-Ghazali pernah mengingatkan kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang tertipu dengan amalan yang kecil sehingga mengabaikan kewajipan yang lebih besar seumpama umat yang hanya rasa cukup sekadar berselawat kepada nabi tetapi begitu benci kepada sunnah nabi terutama yang tidak sesuai dengan selera hawa nafsunya.
Ketika berbicara tentang sunnah nabi maka kita terpanggil untuk sama-sama berusaha terutama melalui doa agar pasangan rakyat Malaysia yang sedang ditahan di Sweden atas alasan memukul tangan anak mereka kerana tak mahu solat supaya dapat dibebaskan segera. Peristiwa ini sebenarnya turut mengetuk hati ibubapa di Negara ini tentang berapa ramai yang sanggup pukul anak secara hikmat kerana tidak solat berbanding perkara duniawi yang lain. Begitu juga isu murid yang didenda makan rumput kerana tidak menyiapkan kerja sekolah mendedahkan beberapa kelemahan samada dari segi tindakan yang dikira melampau mahu pun hak warga pendidik yang agak tertekan bila guru bagaikan tiada ruang untuk membela diri apabila berdepan dengan sebarang tindak balas termasuk saman daripada ibubapa.Kita tidak mahu selepas ini sekolah hanya menjadi tempat belajar semata-mata bukan lagi tempat untuk mendidik akibat kekangan terhadap guru. Ambillah cara pendidikan yang telah digariskan oleh Islam dalam melahirkan guru yang baik dalam melahirkan generasi yang cemerlang dunia akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 58 surah al-A’araf :
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُ‌جُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَ‌بِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُ‌جُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّ‌فُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُ‌ونَ
Maksudnya :Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
Jika ajaran guru banyak mencorakkan cara berfikir dan bertindak pelajarnya begitu juga hal keadaan pemimpin banyak mempengaruhi cara kehidupan rakyat jelata. Oleh itu Islam sentiasa memandang berat berkaitan kepimpinan Negara agar corak pemerintahan dan arah tuju selari dengan kehendak Islam. Ketika kita mahu meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan nabi Muhammad s.a.w maka kita jangan lupa bahawa pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah menyaksikan bagaimana tarikh kewafatan nabi s.a.w. Kewafatan nabi s.a.w telah menyaksikan bagaimana cabaran kepada aqidah umat Islam pada masa itu begitu kuat sehingga ada yang kembali murtad. Sayyidina Abu Bakar bersama Sayyidina Umar segera menyelesaikan masalah perlantikan khalifah bertujuan untuk memastikan urusan umat Islam dan Negara dapat diselesaikan dengan segera.Kepimpinan berdasarkan Islam dapat memastikan masalah Aqidah, syariat, mua’amalat dan akhlak dalam Negara dapat dijaga. Sedangkan kepimpinan yang tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup akan menyebabkan masalah Aqidah semakin goyah, syariat Islam dipersenda seperti kes guru muallaf yang dipecat kerana tidak mahu buka tudung ke sekolah, artis yang dipersenda kerana bertudung, ada syarikat yang tidak membenarkan pekerja Islam solat dan sebagainya. Itu tidak dikira dengan kes jenayah yang terus meningkat. Masalah kos sara hidup yang semakin tinggi rentetan daripada kenaikan harga barang kerana pemimpin mengamalkan 4B iaitu boros, bazir, bocor dan berhutang dalam mengurus harta Negara. Akhirnya lahir golongan kaya semakin kaya yang miskin papa kedana. Sudahlah subsidi ditarik satu demi satu diikuti dengan cukai yang menghisap darah rakyat.Ibnu Khaldun telah mengingatkan bagaimana adanya 2 buah kerajaan yang Berjaya dan gagal iaitu [1] kerajaan yang mengenakan cukai yang rendah tetapi mampu memberi kebajikan yang tinggi kepada rakyat kerana amanah dan cermat dalam mengurus harta Negara sehingga Negara maju dan Berjaya.[2]Kerajaanyang mengenakan cukai yang tinggi tetapi kebajikan terhadap rakyat diabaikan akibat wang Negara dihabiskan untuk kemewahan pemimpin dan projek mega yang tidak bermanfaat yang akhirnya Negara ini akan hancur dan musnah. Perkara ini dibimbangi akan berlaku pada Negara kita jika terus suka ditipu. Oleh itu sedarlah kita daripada mimpi kerana amukan kenaikan harga barang sedang berlaku setiap hari.Sedar sebelum semuanya tergadai, bangkit sebelum kita semakin tersepit. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

http://ekhutbah.wordpress.com/khutbah-terkini/

MIRIP AL-QURAN ?

HEBAT SANGATKAH SEORANG HABIB ?

$
0
0
Video ini tersebar seluruh dunia kehebatan seorang habib dan pendakwah apabila iblis menguasai diri tidak ada yang berani melawan...

Aku teringat kata-kata rakan facebook "ahli sufi berasal dari celah kangkang syiah"... harap sangat-sangat dua hamba Allah ini bukan tergolong dalam sufi yang sesat...hanya seorang insan yang tidak terkawal kemarahanya sahaja... Iblis ada dimana-mana sahaja semangkin tua dunia ini ...semangkin banyak masaalah pada manusia  dan agamanya...



KPF 51% SESAHAM RM19.61 MANAKALA FELDA 49% SESAHAM RM52.00 ?

$
0
0
 KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini membuat satu laporan polis berhubung dakwaan wujud perbuatan pecah amanah jenayah di dalam pengurusan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF).

Laporan polis itu dibuat terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Faizoull Ahmad dan sembilan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.

Jelas Presiden Anak, Mazlan Aliman, Mesyuarat Agong Khas KPF pada 27 Oktober tahun lalu telah meluluskan penjualan kepentingan KPF di dalam Felda Holding Berhad (FHB) sebanyak 51 peratus atau RM2.2 bilion pada harga RM19.61 sen sesaham.

Manakala, Felda Badan Berkanun pula telah menjual 49 peratus kepentingannya di dalam FHB sebanyak RM5.7 bilion atau RM52 sesaham.

Katanya, amat menghairankan kenapa Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah KPF tidak mengambil pendirian tegas agar KPF juga dibayar pada harga yang sama seperti Felda Badan Berkanun iaitu RM52 sesaham.

"In yang kita hairan dan kenapa Lembaga Pengarah KPF dan pengerusinya tidak bertegas agar KPF turut dibayar pada harga yang sama iaitu RM52 sesaham.



"Sedangkan harta yang dilepaskan oleh FHB kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) adalah sama sepertimana yang dilepaskan oleh KPF sebelum ini, yang berprestasi tinggi menghasilkan dividen sehingga 10 hingga 16 peratus setahun kepada KPF dan ahli-ahlinya," katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya lagi, tiga buah firma penyelidikan pasaran saham yang berwibawa iaitu TA Securities, Kenanga Research dan CIMB telah membuat anggaran nilai pasaran bagi 51 peratus kepentingan KPF di dalam FHB dan nilai masing-masing ialah RM4.081 bilion, RM3.207 bilion dan RM2.860 bilion.

"Ini bermakna harga yang diputuskan oleh perwakilan di dalam mesyuarat itu di antara RM0.66 hingga RM1.881 bilion lebih rendah berbanding penilaian-penilaian berkenaan.

"Amat menghairankan bila Pengerusi KPF dan ahli-ahli lembaga pengarahnya tidak langsung menggunakan penilaian berkenaan dalam merundingkan harga yang wajar ditawarkan kepada fGV," jelas beliau.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak, Dr Rosli Yaakob memberitahu KPF telah mengupah firma perakuanan antarabangsa yang terkenal, Ernst & Young (EY) untuk membuat penilaian ke atas 51 peratus saham itu, KPF dicadangkan menjual kepentingan kepada FGV pada harga RM2.328 bilion hingga RM2.568 bilion.

Jelasnya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Pengerusi KPF dan Ahli Lembaga Pengarah telah mengenepikan nasihat tersebut, sebaliknya mencadangkan kepada perwakilan meluluskan harga RM2.2 bilion bagi penjualan 51 peratus kepentingan.

"Persoalannya kenapa mereka semua mengambil keputusan sedemikian sedangkan beberapa agensi yang bertauliah telah membuat penilaian harga.

"Kenapa mereka di dalam KPF gagal mengambil sikap dan pendirian serta berusaha bersungguh-sungguh ke arah mendapatkan harga terbaik bagi menjual 51 peratus kepentingan KPF di dalam FHB, sedangkan itu amanah yang diberikan kepada mereka oleh ahli-ahli koperasi," tegas beliau.

Tambah beliau, memandangkan faktor-faktor tersebut, Anak mempunyai alasan untuk meragui dan mengesyaki dan beranggapan bahawa Pengerusi Lembaga KPF dan Ahli Lembaga Pengarah telah melakukan pecah amanah jenayah di dalam penjualan 51 peratus di dalam FHB kepada FGVH.

Dalam pada itu, Anak menggesa agar pihak polis melakukan siasatan segera secara menyeluruh yang berkemungkinan perbuatan pecah amanah telah berlaku sehingga melibatkan kerugian mencecah angka bilion Ringgit Malaysia.
 - Harakahdaily.

Lontaran soalan Naraza Muda
Tahukah kamu kenapa Isa samad libatkan peneroka dengan pinjaman intitusi bank berkait dengan pinjaman pembiayaan 800 unit saham FGV?

Kenapa tidak diambil sebahagian durian runtuh RM15,000?
Jumlah duit untuk memiliki 800 unit saham hanya RM3640.00
Amaun ini sepatutnya pihak Isa Samad tidak perlu heret peneroka ke kancah pinjaman.

Tahukah kita berapa duit keuntungan yang diperolehi oleh pihak perbankan hasil dari transaksi ini?

Setiap peneroka dikenakan penangungan kos pengurusan untuk pinjaman RM3640.00 sebanyak RM200.00 setiap peneroka . RM24juta !!!! hanya wang proses yang peneroka kena.

Tiba- tiba pihak kerajaan umum prihatin dengan Peneroka Felda yang terpaksa menanggung hutang di bank dan atas sebab itu Felda menanggung segala hutang peneroka dan peneroka terpaksa duit mereka dipotong RM50.00 setiap bulan.

Soal di sini kenapa tiada kajian terperinci dibuat sebelum memaksa peneroka membuat pinjaman?
Bagaimana duit RM24juta itu??

Saya merujuk isu KPF menyerahkan kepentingan mereka dalam Felda Holding.
Penjualan 51% ekuiti milik KPF kpd FGVH di lihat sangat meragukan apabila tiada dokumen berkaitan disediakan kepada perwakilan dan pemegang saham kpf di Mesyuarat Agung 27 okt 2013 di dewan Banquet Menara Felda .

Wajarkan penyerahan ekuiti ini di buat secara undi angkat tangan? Nilai perpindahan berbilion ringgit ini dibuat seperti mesyuarat jkkk.

Perpindahan 112,199,999 unit saham persamaan 51% ini melibatkan nilai RM2.2bilion ataupun RM19.61 sesaham.

Apa yang menjadi pertanyaan mengapa penjualan ini dibawah harga penilai yang dilantik KPF sendiri.
Firma penyelidikan CIMB pada 19/7/13 menilai 51% ekuiti yg dipegang oleh KPF dalam Felda Holdings Berhad ialah RM2,860 juta dan TA Securities menilai sehingga RM 4,081 juta.

Mengapa pihak KPF melepaskan saham KPF dalam FHB dibawah harga sepatutnya?

MAZLAN DITAHAN DILAPANGAN TERBANG SIBU

$
0
0

Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman sekali lagi ditahan dari memasuki Sarawak. Kali ini beliau ditahan Lapangan Terbang Sibu. 

Dalam FB peribadinya Mazlan menulis bahawa;

"Saya di tahan oleh Pihak Imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak."

"Saya tidak dikehendaki oleh Kerajaan Sarawak,” kata pegawai Imigresen.

“Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang akan dirasmikan Presiden PAS di Beting Maro esok.”

Sebelum ini beliau telah ditahan atas alasan yang sama.
-Harakahdaily

Sdr Naraza semasa buat laporan polis
gambar buat laporan polis
KENYATAAN AKHBAR BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SARAWAK

22 Februari 2014 / 22 Rabiul akhir 1435M

Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak kesal dengan penahanan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Penangkapan ini amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak.

Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang yang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah dan fakta-fakta kukuh dan konkrit.

Jelas sekali penahanan Mazlan ini adalah bersifat politik dan ia adalah ulangan kepada penahanan yang dikenakan terhadap beliau pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

Pihak-pihak tertentu jelas takut dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dan skandal tanah melibatkan pemimpin-pemimpin BN di seluruh negara khususnya Sarawak. Mazlan melalui NGO Anak dilihat menjadi duri dalam daging kepada penyangak-penyangak tanaj yang menjadikan tanah rakyat sebagai habuan mereka mengumpul kekayaan.

Badan Perhubungan PAS Sarawak menggesa Pihak Imigresen supaya tidak tunduk kepada desakan politik dalam menjalankan tugas mereka. Amat merbahaya jika Jabatan Penguatkuasa seperti Imigresen tunduk kepada tekanan politik seperti kes Mazlan ini. Kami menggesa Mazlan segera dibenarkan memasuki Sarawak untuk meneruskan program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di Dun Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak.

Sementara itu kami juga kesal dengan beberapa kes ugutan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada Ahli Jawatankuasa Program dan peserta-peserta program esok. Salah seorang AJK kami diugut akan ditangkap jika datang ke kawasan beberapa Rumah Panjang di Beting Maro untuk mengajak penghuni Rumah Panjang hadir ke program esok.

Selain itu kami juga percaya Tuai beberapa Rumah Panjang di kawasan tersebut juga telah diugut sehingga mereka tidak berani untuk memberikan kerjasama kepada program kami sedangkan semalam mereka begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

Tindakan ini adalah suatu tindakan primitif dan tidak professional pihak tertentu yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka takut penghuni di Rumah Panjang seperti Manggu Manggeris, Mutton Jawi dan lain-lain terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha PAS untuk mengembalikan hak kepada rakyat Sarawak dari segi pemilikan tanah.

Andri Zulkarnaen Hamden @abusiraj Almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak



Kesan Buruk Kepada Kita Selepas Facebook Membeli WhatsApp..

$
0
0


Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? 

Apa impaknya kepada kita? Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:

1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.

2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.

Apa yang mereka mahu?
Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.

Apa yang perlu saya buat sekarang?
1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.

Apa saya nak gunakan selepas ini?
Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.

Kenapa Telegram dan bukan yang lain?
Banyak sebabnya, antaranya:

1. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara penggunaan semula (no learning curve)

2. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti (multiple devices)

3. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh sistem perbankan dalam pelayar (browser)

4. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.

5. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)

6. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB)
Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb.

Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga ingatan telefon (memory, RAM)

Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!

7. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya adalah atas ‘ihsan’ (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. ‘Ihsan’ diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan mereka tidak mahu kehilangan pengguna).

8. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp. Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya dari segi keselamatan (security) yang mana pengguna WhatsApp adalah amat terdedah kepada penggodam (hackers) terutamanya bila menggunakan WiFi awam seperti di restoran dan cafe.

JANGAN LUPA:
- Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh!
- Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan)
- Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu!
- Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber’hijrah’, agar perhubungan tidak terputus.

Pautan (link) untuk Telegram:

https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger

Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp.
Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.


 ~newmalaysiapost

HUKUM MEMBELA ANJING

$
0
0
 Fais Al-Hajari
Sekadar perkongsian yg dikopipes. Almaklum la..aku x terer

An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

 Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"


Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah

1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.

2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.

3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.

4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan jin (anjing hitam pekat).

5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.

Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.

Khutbah Hari ini Pendidikan Islam DiPerkasa Negara Aman Sentosa

$
0
0

Pendidikan Islam DiPerkasa Negara Aman Sentosa

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat  6 surah at-Tahrim :
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
            Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa di mana kita wajib mengambil berat pendidikan anak-anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT. Pendidikan Islam sememangnya menekankan aspek rohani dan jasmani sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yang terdiri daripada roh dan jasad. Ia membabitkan beberapa peringkat bermula dari dalam kandungan sehingga lahir dan menjadi dewasa. Sekiranya setiap suami isteri menghayati dan melaksanakan nilai keislaman dalam kehidupan keluarga maka mudahlah mereka mendidik anak dengan benih ajaran Islam. Sebaliknya, jika pasangan itu gagal menerapkan nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumah tangga, amat sukar bagi mereka untuk mentarbiah anak mengikut acuan dan cara hidup Islam.  Satu hal yang amat penting dan wajar diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Memang benar ibu bapa ada memberi didikan agama pada anak-anak mereka tetapi adakah didikan itu mencukupi dan diberi secara menyeluruh? Hari ini, rangkaian televisyen, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber maklumat kebanyakannya tidak menjurus kepada ketaatan. Adakah ini punca terjadi peningkatan perbuatan negatif oleh generasi muda kita? Siapakah yang bersalah? Pemimpin, ibubapa, masyaraka, guru atau pelajar itu sendiri? Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri serta pelbagai masalah akhlak yang lain.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 17-19 surah Luqman :
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ‌ بِالْمَعْرُ‌وفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ‌ وَاصْبِرْ‌ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ‌ ﴿١٧﴾ وَلَا تُصَعِّرْ‌ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْ‌ضِ مَرَ‌حًا ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ‌ ﴿١٨﴾ وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ‌ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ‌ ﴿١٩
Maksudnya : “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
Fakta sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca daripada gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris. Oleh ituAl-Quran dan hadis nabi s.a.w banyak memberi panduan berharga dalam masalah pendidikan ke arah membina generasi yang berjaya menguruskan dunia berasaskan agama sehingga bahagia dunia akhirat. Tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali telah mengupas begitu terperinci dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dengan mengemukakan 5 aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: [1]Qudwah  iaitu contoh ikutan di mana peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, [2] Mulahazah wa mutaba’ah iaitu pemerhatian dan meniru di mana kanak-kanak belajar melalui pemerhatian yang dilihat atau didengar di persekitarannya, [3] i’tiyad iaitu kelaziman atau kebiasaan yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan untuk melakukan suatu yang buruk samada percakapan atau perbuatan maka sukarlah untuk dibentuk semula kepada perkara yang baik, [4]  Al-thawab wa al iqab iaitu ganjaran dan hukuman di mana dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik bila melakukan sesuatu yang baik atau memberi hukuman bila melakukan kesalahan.
Seterusnya [5] nasihat  sebagai penyelesaian di mana ia jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa.”  Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut.  Di dalam kitab Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 28 surah al-Anfal :
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّـهَ عِندَهُ أَجْرٌ‌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Kegagalan dalam mendidik anak-anak merupakan suatu kerugian yang besar yang tidak mampu ditebus dengan harta dan pangkat. Oleh itu masalah ini jangan dipandang ringan terutama ketika pelbagai cara digunakan oleh musuh Islam dalam merosakkan Aqidah sehingga ada yang murtad, menjauhkan umat Islam daripada syariat sehingga masalah tinggal solat, dedah aurat, zina dianggap biasa membawa kepada runtuhnya akhlak. Hilangnya rasa peka dan bertanggungjawab dalam perkara ini menyebabkan ia semakin membarah dan melarat sehingga bukan sahaja menimbulkan masalah dalam keluarga malah memberi kesan kepada masyarakat seterusnya Negara. Kita mengambil contoh menghalalkan budaya barat seperti sambutan Hari Kekasih tiap kali 14 Februari meningkat masalah pergaulan bebas yang membawa kepada zina seterusnya pembuangan bayi. Malah sikap membiarkan pemakaian mendedah aurat seterusnya pergaulan bebas sehingga masalah zina dan rogol bukan sahaja menular kepada pelajar sekolah menengah malah melarat kepada sekolah rendah. Bayangkan apa yang bakal terjadi pada masa akan datang jika perkara buruk ini tidak disekat dan dicegah. Ini ditambah dengan sikap pemimpin yang tidak serius dalam membantu mengekang keburukan seperti terus berbangga dengan kilang arak dan pusat judi antara terbesar di dunia ditambah dengan pengeluar kondom terbesar di dunia. Biasanya kondom pada masa ini diguna untuk berzina termasuk golongan remaja. Bila pusat 3 dosa besar berkumpul serentak maka tidak tahulah kita bala Allah bagaimana lagi yang akan terus turun silih berganti
Begitu juga masalah kegagalan umat Islam untuk membawa contoh terbaik turut menjadi faktor kepada semakin jauhnya orang bukan Islam kepada Islam. Pada hari ini kita melihat sikap membiarkan perbalahan kaum dan agama bakal merosakkan keamanan negara. Kita begitu kecewa apabila ada pihak tertentu yang membuat perkara buruk seperti tawaran menampar seseorang, menyiram darah atas gambar orang dibenci atas nama Islam yang boleh menambahkan rasa benci dan salah faham orang bukan Islam kepada Islam. Kita turut kecewa bila adanya sebuah intitusi atas nama Kepimpinan Perdana Putrajaya boleh menganjurkan seminar pemikiran anti hadis Kassim Ahmad yang sesat. Begitu juga budaya bersumpah dengan al-Quran jika sebelum ini heboh dalam masalah liwat kini melarat kepada masalah bolasepak. Umat Islam terus mundur jika al-Quran hanya diguna untuk bersumpah bukan  untuk dibaca seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Ingatlah bahawa budaya suka bersumpah adalah sikap orang munafik sebagaimana firman Allah dalam ayat 2 surah al-Munafiqun :
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Mereka (golongan munafiq) menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia juga kita mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama kita di beberapa negara yang lain termasuk jiran kita Thailand, Myanmar yang terus dibunuh, rumah dibakar dan pelbagai kekejaman lagi. Tidak ketinggalan untuk terus memberi bantuan termasuk doa kepada perjuangan umat Islam dalam membebaskan bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Seterusnya menghentikan kezaliman di bumi Syria, Mesir dan beberapa Negara yang lain. Kita tidak mahu menjadi umat yang hanyut dengan hiburan melampau, berseronok dengan kemewahan dunia sehingga melupakan penderitaan saudara seagama yang lain. Hentikan melakukan kerosakan dan penderhakaan atas muka bumi Allah agar bala Allah dapat dijauhkan. Tidak cukup lagilah dengan bala Allah berbentuk jenayah bunuh, rompak, banjir besar kini kebakaran hutan dan kemarau sehingga air kering. Manusia yang berakal sentiasa mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Sedangkan manusia yang hatinya mati hanya menunggu saat kehancuran barulah mahu menyesal diri
Firman Allah dalam ayat 41 surah alr-Ruum :
ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ
Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

PERBICARAAN PERAHAN SAWIT SERTING HILIR ESOK

$
0
0
Gambar Hiasan 
Esok 4.5 & 6/3/14 Pembicaraan tuntutan perahan sawit peneroka serting hilir dan Rajs Alias dimahkamah tinggi Seremban (S'ban 2) 
Peguam peneroka DAIM & GAMANY iaitu Yb sivarasa, latifah koya,T.Kumar

“Kerugian yang kami tanggung bernilai hampir RM200 juta, jadi kami hanya mahu tuntut hak kami kerana ditipu selama ini,” kata beliau pada sidang media selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau berkata sepatutnya peneroka menerima kira-kira 24 hingga 25 peratus hasil perahan minyak tetapi hanya 16 peratus hingga 19 peratus dibayar oleh pengurusan Felda..

“Hasil ujian makmal secara bebas mendapati kadar perahan gred (KPG) menunjukkan bahawa KPG jauh lebih tinggi iaitu antara 24 hingga 25 peratus.

“Tapi hasil yang kita (peneroka) peroleh adalah sebanyak 16 hingga 19 peratus sahaja, jadi mana lebih enam peratus lagi?

“Daripada hasil itu, kita dapati wujud penipuan yang dilakukan Felda dalam urusan jual beli hasil sawit,” katanya.

Kesemua peneroka tersebut menamakan Felda dan anak syarikat Felda, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan.

Antara komen di Facebook dalan isu ini.

Jumlah dahulu 766,sekarang telah berkurangan kerana ada pihak yg mengugut & menakutkan peneroka yg kita tahu tahap pemikiran mereka sangatlah.....Esok sebahagian dari pihak terkenal dgn membuat ugutan terhadap peneroka akan masuk kandang.Kita tengok samseng ni terkencing tak nanti bila masuk kandang mahkamah.
Termasuk ugutan dari macai2 umngok pengurusan & k/Blok GPW kita akan panggil mereka masuk kandang...maklumat dan bukti kukuh sedang dikumpul tunggguuuuuu.....
"Harus diingat bahawa peranan defendan pertama selaku badan berkanun adalah untuk membantu plaintif-plaintif dalam usaha menaikkan taraf hidup mereka. Malangnya, situasi yang wujud di sini menunjukkan defendan pertama telah menipu plaintif-plaintif. Memandangkan ia mempunyai kuasa berhubung pengagihan tanah di skim tersebut, defendan pertama telah, ekoran pemfailan guaman di sini, mengugut untuk mengusir plaintif-plaintif dari skim kerana mengambil tindakan undang-undang ini. Defendan pertama harus memikul akibat dari ugutan sedemikian. Maka, mengambilkira halkeadaan semua ini, award gantirugi teladan 10% dari RM7,146,291 seperti yang diberikan oleh hakim bicara adalah berjustifikasi dan tidak keterlaluan." LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) & ANOR v. AWANG SOH MAMAT & ORS COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA JAMES FOONG FCJ ABDULL HAMID EMBONG JCA ABDUL MALIK ISHAK JCA [CIVIL APPEAL NOS: D-01-21-2008 & D-01-22-2008] 26 JUNE 2009

Defendan pertama yg dirujuk itu adalah FELDA manakala plaintif di situ adalah peneroka kemahang

Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS ?

$
0
0

Oleh Dios Berantogis
Mohd Shamsul bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Dungun, Terengganu menang kes saman "penghakiman ingkar" kepada Presiden PAS. Kemenangan ini dikatakan kerana Presiden tidak hadir mahkamah lalu mahkamah mengiyakan saman mengikut jumlah tuntutan RM2 juta.

Ada banyak kekeliruan dalam kes ini sehingga berlaku tuduh menuduh. Ada yang menuduh penguam PAS tak cekap, ada yang kata orang sekeliling (penasihat Presiden tak berfungsi). Ada juga yang kata ada golongan tertentu nak jatuhkan Presiden dan sehingga akhir ada juga menyalahkan kononnya bangunan PAS Marang tak ada orang bertugas.

Jika kita teliti video ucapan Presiden PAS berkaitan perkara ini tidak ada nama yang jelas disebut dan tak dituju kepada sesiapa secara jelas? (rujuk video di sini) Ikut logiknya kes ini sepatutnya tak 'lekat' di mahkamah. Tapi kes ini boleh lekat. Kita tak ada kuasa membuat penentuan itu kerja hakim. Tapi kita hanya ada keraguan dalam isu ini.

Surat pertama dihantar (entah siapa) kepada Presiden PAS sendiri di rumahnya. Surat ini diserah kepada penguam PAS Haji Asmuni Awi. Peguam PAS menjawab tak ada kaitan dengan tuan guru dan beberapa kali menghubungi peguam Mohd Shamsul tetapi telefon tidak diangkat dan di jawab. Anggapan perkara ini mungkin terhenti di sini kerana tak ada kes atau isu.

Tiba-tiba ada surat baru (surat ketiga) sampai dan lewat untuk dibalas. Hakim telah membuat keputusan lebih awal daripada sepatutnya.

Dimana surat kedua yang menyebabkan Penghakiman Ingkar?

Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu :

1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,

2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan

3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.

Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu.
Surat kedua tidak dapat dicari dimana-mana tempat, hanya diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah. Untuk dapatkan salinan surat berkenaan.

Satu lagi surat ketiga yang di alamatkan ke Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang sebenarnya tidak pernah diambil oleh sesiapa pun? Macam mana surat yang tak diterima boleh sampai kepada Peguam PAS di KL?

Saya dimaklumakan PAS Marang dalam mesyuarat Sabtu lalu cuba mengesan urutan ini untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang mengambil surat berkenaan dengan membuat nama tak betul dan kad pengenalan tak cukup.

Terdapat nama penerima chap Pos Malaysia tetapi nama penerima tidak dapat dikesan siapa. Manakala nombor kad pengenalan pula tidak cukup satu angka. Ini isu boleh disebut sebagai konspirasi..

Pelik kan??

Ini mainan siapa?

Tadi saya sebut logiknya kes ini sepatutnya tak bersabit. Tapi bila kita teliti kita dapati tujuan sebenar saman ini bukan untuk menang kes tetapi sekadar untuk dapatkan PENGHAKIMAN INGKAR sahaja.

Oleh itu cara operasi bagaimana surat-surat dihantar dan penerima menunjukkan ada unsur-unsur untuk Presiden tidak dapat hadir dan PENGHAKIMAN INGKAR boleh dibuat.

Untuk tujuan apa??
Sekadar untuk memalukan Presiden?
Memecah belahkan situasi orang-orang belakang Presiden?
itu masih menjadi siasatan.

Hanya kita membuat anggapan kes ini akan selesai diluar mahkamah?
Oleh siapa?

Ada yang menyebut kepada saya Anwar Ibrahim akan balik daripada Jepun dan mengistiharkan kes ini di tarik/diselesaikan di luar mahkamah. Itu saya anggap andaian jahat sahaja. Tapi boleh dimasukkan dalam siasatan untuk mendapatkan jawapan.

Memang sukar untuk mengetahuinya melainkan kita terlalu bijak 'bermain' politik.

Saya serah dulu untuk perbahasan umum sebelum saya sambung lagi tulisan ini

DEMO HARGA GETAH DI DEPAN BANGUNAN LGN.

$
0
0
kHAMIS - 6.3.2014
Pelancaran Gerakkan Suara orang kampong  ( pembela nasib petani , nelayan dan peternak ) membuat Demo ke LGM dalam isu getah di depan KLCC Bangunan Lembaga Getah Negara.









PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH370 SELAMAT ??? BIAR BETUL !!..

$
0
0
Sumber dari Military of Malaysia

HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI

8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.

9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.

10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.
KEJADIAN TIMBUL

11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.

12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam

13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.

14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.

15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.

16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.

17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening…

NOTA PENULIS : SAYA TIDAK PAKSA ANDA PERCAYA, TUNGGU AJELAH, TAK LAMA PUN, TINGGAL 3-4 HARI SAHAJA LAGI/KALAU TIDAK BETUL, ANGGAP JELAH SEBAGAI ANGIN LALU

SEKITAR PENAMAAN CALUN KAJANG

$
0
0

























Wan Azizah dijangka menang besarSHAH ALAM - Pemilihan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon mengganti suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di kerusi Dun Kajang dijangka akan meningkatkan bilangan undi bagi PR. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) itu akan memberikan undi simpati terhadap Wan Azizah ekoran kes yang melibatkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Menurutnya, Wan Azizah juga mampu menyaingi kredibiliti Anwar untuk menang besar di kawasan tersebut seperti persepsi masyarakat umum yang dikeluarkan terhadap Ketua Pembangkang itu. "Saya percaya kredibiti Wan Azizah adalah sama dengan Anwar dan berkemungkinan jumlah undi akan lebih meningkat daripada jangkaan pengundi untuk Anwar. "Ini kerana ada undi simpati terhadap Wan Azizah," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, media melaporkan Wan Azizah diumumkan sebagai pengganti suaminya Anwar untuk bertanding pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini. Pengumuman tersebut dilakukan sendiri oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu dalam satu sidang media khas di Batu 12, Kajang, pada Ahad. Wan Azizah dipilih sebagai calon ganti ekoran Anwar hilang kelayakan untuk bertanding selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Sebelum ini, pada Januari lalu, bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletak jawatan sekaligus PR telah memilih Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang. Dalam pada itu, Shamsul juga berkata, pemilihan Wan Azizah sebagai calon dapat menyambung legasi Ketua Pembangkang itu di Selangor. "Kita boleh katakan ini sebahagian daripada politik Anwar di mana dia sudah tidak boleh bertanding di Kajang. "Dengan menggantikan Wan Azizah iaitu calon yang berkaitan dengan dirinya (Anwar), isu di Kajang akan tetap membawa kehangatan tentang Anwar. "Jadi ia mampu membawa Anwar kembali ke dalam Kabinet Selangor walaupun dikenakan penjara," katanya. -SH

PEMIMPIN SYIAH KECAM DAN UGUT MALAYSIA (VIDEO)

$
0
0
)

KUALA LUMPUR: Iran dikatakan mula membuat tindakan balas ekoran serangan agresif Kerajaan BN terhadap Syiah yang dianuti majoriti rakyat negara itu, sehingga menjejaskan ekonomi negara Malaysia.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26095-syiah-iran-bertindak-balas-umno-mengaku-silap


Seorang ahli perniagaan Malaysia terpaksa menyimpan getah bernilai RM2 juta yang mengikut rancangan awalnya akan dieksport ke Iran berikutan tindak balas pembeli di republik Islam itu terhadap kempen anti-Syiah yang dipelopori Umno.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pedagang-iran-pulau-barangan-malaysia-ekoran-kempen-anti-syiah-umno


Darah Ahli Sunnah Adalah Halal Di Sisi Syi`Ah

Di samping itu, Syi`ah menganggap halal darah dan harta Ahli Sunnah dan inilah yang difatwakan oleh ulama mereka. Syaikh Saduq menyebutkan di dalam kitabnya `Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf:

عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب – أي السني- ؟ قال: "حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟ قال: توه ما قدرت عليه".

Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.

Apakah yang akan dilakukan oleh Syi`ah terhadap orang yang menyalahi mereka? Shaikh Taifah menyebutkan di dalam kitab fiqhnya, al-Nihayah halaman 302:

"Sesiapa yang memegang kekuasaan bagi pihak yang zalim dalam melaksanakan hukuman hudud atau melaksanakan sesuatu hukum hendaklah dia beritikad bahawa dia sebenarnya memegangnya bagi pihak berkuasa yang hak, maka hendaklah dia melaksanakan hukum mengikut ketentuan Syari`at Imam, dan selagi dia dapat melaksanakan hudud terhadap mukhalif (orang yang tidak mengikut Syi`ah) hendaklah dia laksanakan kerana itulah jihad yang paling agung."

Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307):

"Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal."

Beginilah sikap permusuhan mereka terhadap orang yang tidak mempercayai imam dua belas.

Sejarah mencatatkan kezaliman mereka terhadap umat Islam. Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah:

"Terdapat dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis. Satu tis itu lebih baik dari mereka.

Lihatlah kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan lebih rendah."
Riwayat ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)



Harta Ahli Sunnah Adalah Halal

Harta ahli sunnah menurut Syi`ah adalah halal dan boleh diambil tanpa ada halangan. Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam kitabnya Tahzib al-Ahkam, jilid 4, halaman 122:

عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال: "خذ مال الناصب حيث ما وجدته وادفع إلينا الخمس"

Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.

Ahli Sunnah Adalah Najis Menurut Syiah

Khomeini di dalam Tahrir al-Wasilah (1/118) menghukumkan Ahli Sunnah sebagai najis, katanya:
Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis."
Penghinaan Khomeini bukan setakat Ahli Sunnah dan Khawarij sahaja malah kepada golongan Syi`ah selain dari Imamiyah 12, katanya:

"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasb (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. (1/119)

Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306:

"وأما الناصب وأحواله، فهو يتم ببيان أمرين: الأول: في بيان معنى الناصب الذي ورد في الأخبار أنه نجس، وأنه أشر من اليهودي والنصراني والمجوسي، وأنه نجس بإجماع علماء الإمامية رضوان الله عليهم"

"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."

Dalam kitabnya, Muhammad al-Saduq menunjukkan kebenciannya yang tidak terhingga terhadap ahli Sunnah: Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. membawa dalam kapalnya anjing dan babi tetapi baginda tidak membawa anak zina, dan al-nasibi itu lebih jahat daripada anak zina"

Perhatikan lafaz nasb dan nawasib yang memberi erti permusuhan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. digunakan oleh Syi`ah untuk ahli Sunnah yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
lhttp://zharifalimin.blogspot.com/2011/01/pandangan-syiah-terhadap-ahli-sunnah.html

Pesawat Malaysia mungkin telah diterbangkan untuk empat jam lagi

$
0
0
Dialih bahasa oleh Google sumber dari SINI

Malaysia Airlines Penerbangan 370 mungkin telah diterbangkan selama empat jam selepas lenyap dari skrin radar , berdasarkan data enjin , menurut sumber yang rapat dengan siasatan AS kejadian.

Ia telah menimbulkan kemungkinan pesawat itu disita dan dialihkan, dan telah ditambah kepada banyak teori-teori tentang nasib pesawat memandangkan kekurangan fakta keras yang ada.

Satu udara dan laut carian yang luas yang melibatkan lebih daripada 40 kapal dan 30 pesawat telah gagal untuk mencari apa-apa kesan kapal terbang enam hari selepas ia berlepas.

The twist baru, berdasarkan bukti bahawa enjin pesawat terus menghantar data selepas ia hilang dari skrin radar, menimbulkan kemungkinan ia boleh diterbangkan pada selama 4000 kilometer dengan transponder pesawat dimatikan, menurut satu laporan dalam Wall Street Journal.

Penyiasat penerbangan dan AS pegawai keselamatan negara percaya pesawat itu terbang untuk sejumlah lima jam berdasarkan data dimuat turun secara automatik dan dihantar ke tanah dari enjin Boeing 777 sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan rutin dan program pemantauan.

Satu masa penerbangan sebanyak lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ertinya Boeing 777 boleh terus untuk tambahan 2200 batu nautika , mencapai Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Laut Arab, berdasarkan kelajuan pelayaran jet ini .

Bekas MI6 British dan Australia penganalisis Perkhidmatan Perisikan Rahsia Warren Reed berkata perkembangan terkini mencadangkan ia mungkin pesawat itu dialihkan ke Korea Utara.

"Korea Utara mungkin mempunyai keberanian untuk menarik kira sesuatu seperti ini, bagaimanapun tidak mungkin ia seolah-olah, '' kata Encik Reed.

"Maksud saya, jika anda menggabungkan data enjin berterusan selama empat jam dengan hakikat bahawa telefon bimbit masih kelihatan dering , ia menimbulkan persoalan, tidak kira bagaimana mustahil, bahawa pesawat telah diambil alih dan dialihkan, '' Encik Reed berkata .

MENGKAGUMKAN untuk mengelakkan pengesanan
" Tetapi ia akan menjadi luar biasa untuk itu untuk mengelakkan pengesanan sambil terus terbang selama yang panjang, atau bahawa ia entah bagaimana boleh kekal diletakkan di atas tanah tanpa dikesan ,'' katanya.

Beliau berkata, jika ia telah dirampas dan dialihkan ia adalah lebih cenderung terdapat seorang yang minat dalam penerbangan kepada keadaan atau kumpulan pengganas; sumber industri penerbangan mencadangkan motif lain mungkin kargo berharga.

Penerbangan 370 hilang kira-kira satu jam ke dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada hari Sabtu, dengan 239 orang di atas kapal termasuk enam warga Australia.

Pegawai antikeganasan AS mengikuti kemungkinan bahawa seorang juruterbang atau orang lain di atas kapal terbang mungkin telah dialihkan ia ke arah lokasi yang tidak didedahkan selepas sengaja mematikan transponder yang pesawat jet untuk mengelakkan pengesanan radar , menurut laporan itu.

Ketidakpastian tentang di mana pesawat itu menuju , dan sama ada ia terus terbang tanpa transponder bekerja, telah menimbulkan teori di kalangan penyiasat bahawa pesawat itu mungkin telah disita . Ada di kalangan teori telah dibuat kepada pegawai keselamatan negara dan kakitangan kanan daripada pelbagai agensi dalam Sates Syarikat, menurut laporan itu.

Sistem pemantauan kapal enjin ' disediakan oleh pengilang, Rolls- Royce, dan secara berkala menghantar pecah data tentang kesihatan enjin , operasi dan pergerakan pesawat kepada kemudahan di atas tanah.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelenggaraan , Malaysia Airlines menghantar data enjin hidup untuk Rolls -Royce untuk analisis. Sistem ini menyusun data dari dalam dua Trent 800 enjin 777 dan menghantar gambar prestasi, dan juga ketinggian dan kelajuan jet.

Pada hari Khamis petang ketua penerbangan awam Malaysia berkata, tiada sebarang tanda-tanda jet yang hilang di tempat yang imej satelit Cina telah menunjukkan apa yang mungkin menjadi serpihan kapal terbang.

Tentera Udara Malaysia sebelum ini telah dihantar untuk mencari pesawat kawasan itu.

keperluan untuk membina semula kepercayaan berikut kehilangan penerbangan untuk mengurangkan apa-apa kerosakan untuk mengemukakan tempahan .

"Tidak ada perubahan kepada kekerapan perkhidmatan kami dan kami akan terus mengendalikan perkhidmatan harian dua kali ke Beijing, " kata Malaysia Airlines.

"Pemikiran dan doa kami kekal dengan keluarga rakan-rakan dan penumpang MH370 kami . "

Laluan tertentu mungkin mengalami lebih daripada yang lain dari pembatalan dan penurunan dalam tempahan , tetapi keyakinan pelanggan boleh terjejas di laluan lain juga. Dari Jumaat, MH370 telah ditukar nama MH318 , MH371 dan akan dipanggil MH319

MH370 MUSUH SENTIASA MEMERHATIKAN KITA ?

$
0
0
Aku tertarik  ulasan dalam blog Cenangau Daun Kari dalam isu MH370…
Cuba kita fikirkan bersama  …

SETUJU Cenangau D'kari!

Bah. Pertama:

Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ kampung kat pendalaman dan kwsn. Pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya!
Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu?!)! Maka bukti mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini.

Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )! Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild (yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Bah. kedua:

Tapi TAK pula CIA Dajal ni menuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad; disyaki akan dpt. ID baru, setelah disyaki menjlnkan misi dlm. MAS ini (lihat di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html, Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him', by James Rush, 11 March 2014.)

Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa NEGARA ISLAM Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

Maka teori ‘hijacking’ MAS oleh Barat-Zionis di pengkalan tentera laut US di Diego Garcia ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Makcik Sambal Belacan.

Viewing all 362 articles
Browse latest View live